Friday, December 2, 2016

Marhaban di Petaling Jaya

Assalaamualaikum..
Mengimbau kenangan lalu..
 Majlis marhaban dan berendoi di rumah Puan Nadia dari Petaling Jaya pada 27 Ogos jam 10 pagi..
Kami sampai seperti biasa..samada tepat pada waktu yang di janjikan atau pun tercepat sedikit. Kalau kawasan PJ ni biasanya taklah rasa bimbang kalau terlambat, sbb akak dah biasa dengan kawasan di PJ..maklomlah dulu masa mula2 datang KL pun akak menetap dikawasan  PJ. Tambahan pula En. Papa dulu pun berkerja di kawasan dekat2 sini saja. Alhamdhulillah..rasanya takdelah masaalah nak sesat atau tak jumpa rumah bila tak guna waze..

Pada kami biarlah kami yang menunggu tuan rumah bersiap sedia..daripada tuan rumah menunggu kami yang tak pasti nak sampai bila..hihihi

Majlis di rumah puan Nadia sangat santai, meriah dan harmoni. Kami seronok di atas layanan tuan rumah dan wakil tuan rumah. Wakil tuan rumah sangat peramah..semua menu yang ada di hidangkan diatas meja kami..sehingga tak terhabis kami makan. Di pelawanya pula mana makanan yang berisi dalam bekas di suruh bawa sekali. kami pula tidak boleh berlama kerana mahu ketempat lain bagi memenuhi undangan pada sebelah petang pula.

Terimakasih Puan Nadia kerana sudi mengundang kami..semuga semua ahli keluarga Puan Nadia dan baby yang di raikan * maaf lupa nama baby * di berikan kesihatan yang baik..dikurnikan rezeki yang berkat dan sentiasa dalam rahmat Allah SWT..aamiin

simple tapi cantik..

jambangan bunga dihadapan pelamin..





pelbagai manisan di candy buffet..

Anak sulong Pn. Nadia yang peramah. sempat bermanja2 dan beramah mesra sebelum majlis bermula..









 Acara marhaban bermula..sayang nak potong  rambut baby yang kemas jer. Jadilah dapat gunting sehelai dua..


Serupa tapi tak sama. Pakcik kembar baby pun nak meraikan sama memotong rambut baby.
 Seronok melihat gelagat anak2 bujang tu yang mungkin pertamakali di suruh mengunting rambut baby. berani2 takut..tersipu2 malu..tu yg majlis jadi meriah dengan aksi2 spontan mereka..



3 comments:

  1. Modern nya majlis marhaban sekarang ni.. Tak macam dlu :p

    ReplyDelete
  2. Acara marhaban potong jambol sudah upgrade mengikut peredaran masa..

    ReplyDelete
  3. akak... sukanya tengok bunga rampai kan yg dalam dulang tu?

    ReplyDelete

ada apa pertanyaan atau komen..disinilah tempatnya..