Saturday, December 3, 2011

Marhaban di Seksyen 9.. promo sikit pelamin dari Yani n Ashraf..

Assalaam..
Selamat malam semua..semuga anda semua bahagia bersama keluarga..
N3 malam ni..nak promo pelamin buaian dari make a wish babies. Pasangan Ashraf dan Yani yang gigih menghasilkan rekaan buaian dan pelamin yang sangat cantik ini..adalah jiran lama akk semasa akk tinggal di Sunway Kayangan. Hasil kerja tangannya sangat cantik dan harganya pun berpatutan.Mereka mengunakan bunga bungaan segar sebagai hiasan. akk sendiri sudah 2x mengunakan khidmat mereka untuk majlis perkahwinan anak akk. memang puas hati...

majlis berendoi anak Puan Suraya di Seksyen 9 Shah Alam

kalau ada cucu lagi..teringin nak berbuai kat dalam tu..heheh

banyak isinya dalam beg tu..comel dan cantik semuanya..

Sunday, November 20, 2011

majlis perkahwinan Oya part 4

Assalaam..
Lagi..gmbr majlis khatam quran Oya..

majlis perkahwinan Oya part 3

Assalaam..
Lagi gambar kenangan sekitar majlis perkahwinan Oya..

beshnya..semuanya  happy..

bergambar kenangan bersama neneknda..siapaa lebih cun?  agak-agaklaa..bila oya dah tua nnti..masih cun mcm atok tak? heheh

Friday, November 18, 2011

majlis perkahwinan Oya part 2

Assalaamm..
Sekitar majlis persandingan Oya n Nazry. gambar semua cilok dari allbum Noorasmmaria kaat FB. Terimakasih Maria..


pengantin sekarang..lepas bersanding siap berkaroake lagi.

majlis perkahwinan Oya part 1

Assalaam..
Malam sebelum majlis persandingan..mereka2 ini bertungkus lumus  menghias khemah. terimakasih anak2 dan anak2 saudara serta adik beradik yang sudi meluangkan masa bergotong royong menjayakan persiapan majlis..

 tekunnya mereka ini memasang lentern. joe..jgn tulis nama sendiri banyak2 untuk cabutan bertuah tu! siapa pulak yg malu di sebalik lantern tu ye!

 sentuhan pasangan Ai n Naya menceriakan hiasan khemah majlis..

couple sehati sejiwa..dah kepenatan la tu. syiann.. lepak kat dapor togok aior sejuk aje..heheh

majlis perkahwinan Oya

Assalaam..
Alhamdhulillah..syukur kepada Allah dengan izinNya jua, kami sekeluarga telah dapat menyempurnakan majlis perkahwinan puteri tunggal kami pada tarikh dan masa seperti yang di janjikan.
Majlis yang sederhana saja, bermula dengan acara akad nikah, khatam Quran dan majlis persandingan. Alhamdhulillah..majlis berjalan lancar seperti yang di harapkan. Terima kasih pada semua anak menantu..sanak saudara..sahabat handai..jiran tetangga  yang bertungkus lumus membantu menjayakan majlis kami.

yani n ashraf dari  make a wish babies  bz memasang pelamin untuk akad nikah.

Oya yang nikah..kenapa kami pulak yang nampak malu2 ekk..hehe
gmbr cilok Nora punya dlm FB. akk mana sempat nak klik2 gmbr..

majlis khatam Quran. Sampai hajat akk nak mendengar bacaan Khatam Quran dari Oya. Alhamdhulillah..bacaan terang dan lancar.. " adik berjaya lakukannya..terbaik dari adik..ibu bangga sangat !!" anak gadisku manis bertudung!!

Wednesday, July 13, 2011

majlis cukur rambut

Salam,
Alhamdhulillah..kumpulan marhaban akk telah selamat memenuhi undangan dari D'alis Deco  untuk meraikan majlis cukur rambut anak sulung lelaki pasangan En. Asmawi dan Pn Belinda. Semua persiapan majlis di urus olih D'alis Deco. majlis di ada di kediaman Puan Belinda di Seri kembangan..

Sebelum memulakan acara marhaban, di dahului dengan acara bertahnik..orang dulu2 kata.. belah mulut, ada yang kata belah lidah. apapun mengikut uztazah kami..ini ajaran sunah Rossulullah..

Baby di suapkan buah kurma dan air zam-zam..dengan bacaan doa..


ini pulak acara mencukur rambut. mak aii! lebatnya rambut baby ni. ambik masa lama nak membotakkan kepalanya..
olih kerana tangan nenek ni dah lengoh..bioler..papanya mengambil peranan..hehe

Thursday, July 7, 2011

marhaban di Seri Kembangan

Salam..
Pagi ini..jalan-jalan ke Sri Kembangan cari rumah pelanggan. Sampai  masa nanti senang nak tuju. Mana -mana kawasan yang tak biasa pergi..kami pergi servey dulu..hihi
dah macam wakil rakyat plak..pergi melawat kawasan..hahha
Kenapa nak melawat kawasan? ada jemputan laa! datangnya dari sini !

Monday, June 27, 2011

majlis cukur rambut/berendoi

Salam,
Apa hkabar kawan dan pengunjung blog akk semua.Tentu kalian semua sihat kan.Cuma akk aje yg macam chipsmore..;)
Hendak berblog nie perlukan mood jugakan. Bila dah berhenti..payah nak mulakan balik.Untuk mengambil mood dan mulakan berblog..akk tepek gmbr kumpulan marhaban akk yg meraikan majlis cukur rambut baby Puan Mastura di seksyen 7 Shah Alam.
Majlisnya simple dan meriah. bertambah meriah lagi dengan tuan rumahnya yang sangat peramah.



bergambar bersama pn mastura dan babynya.asik posing ngan uniform yg sama aje. nak buat camna kan..thema  pink popular masa kini..hihih

mini basikal di hias, di jadikan sebagai tempat letak buku cenderahati berupa yurah yasin.

Wednesday, May 18, 2011

popular 2

Salam..
Sambungan dari kisah popular marhaban kat sebelah bawah klik  sini ...
Diantara majlis cukur rambut baby yang akak hadir pada minggu lepas..di rumah Puan Faridah di Sunway Kayangan...jiran setaman  akak juga. Tapi sayangnya kami tidak sempat berkenalan walau pun jarak rumah kami tidaklah jauh sangat. Beginilah gayanya masyarakat moden masa kini ye..di sebabkan masing-masing sibuk..sampaikan tidak kenal jiran teteanga sendiri. Jemputan datangnya dari kenalan kawan akak..

Akak tertarik dengan buaian dari rotan ini. Mengikut  kata Puan faridah..buaian ini telah berusia 3 genarasi. Bayangkan berapa usia buaian ini ye...mesti lebih 50 tahun kan. Mesti buaian ini popular pada tahun 50an..tahun kelahiran akak. tidak pasti pulak masa akak baby dulu merasa ke tidak tidur di buaian macam ini..heheh.   Bertuahnya kalau ada sesiapa memiliki barangan antik milik peribadi begini..


door gift untuk tetamu..lain dari yang lain.
cuba teka apa isinya..cer teke !..cer teke..! isinya MACARON yang tengah popular masa kini..yummmy.
lupa nak amik pic..tak sabar nak makan..first time rasa nie..heheh


Photobucket

letak atas lemari buat hiasan..

Photobucket

Monday, May 16, 2011

popular..

Salam..
Tetiba akak  terasa popular pulak : p..
Sebabnya..kumpulan marhaban akak mendapat banyak undangan untuk menyerikan majlis cukur rambut di sekirar Shah Alam dan Kelang. Perasan popular macam artis laa pulok..hehehe.
Rasanya sudah jadi trend masa kini..ibu bapa muda zaman ini.. mengadakan majlis cukur rambut buat bayi mereka yang baru lahir secara besaran dan meriah. Untuk minggu ini,  sabtu dan ahad kami mendapat lima undangan. Penat dan letih tak usah nak katalah..suara pun dah naik serak. kalau serak basah macam suara Ella..takpe jugakan. tapi bukan ella kakchik tau. akak tak pernah lagi dengar dia menyanyi..jadi taklah tahu suara dia macamana. entah2 lebih sedap dari suara Ella tak? hehehe.

akak saja nak kongsi gambar dengan izin Pn Salwa. untuk rujukan akak sendiri..mana tahu kut ada sesiapa yang nak mengadakan majlis dan tercari konsep/thema bolehlah belek2 blog ini nanti...

Majlis Puan Salwa di dewan jublee SUK.

Buaian bentuk cengkerang sangat popular masa kini. kalau ada sesiapa berminat bolehlah hubungi akak.nanti akak bagi contect no.


selain majlis cukur rambut untuk baby..puan salwa juga meraikan harijadi anak sulongnya. merian dengan gula-gula dan choklat untuk tetamu-tetamu kecil mereka..



macam biasa..gambar sebagai kenangan..;)