Friday, December 18, 2015

Khatam Quran di Kelang

Assalamualaikum..
 Majlis khatam Quran di rumah Puan Siti Hajar di Bandar Bukit Raja Kelang. Puan Siti memaklumkan majlis khatam quran dibuat secara simple saja..kerana majlis besarnya di adakan pada hari keesokkannya iaitu pada hari Sabtu. hari tu hari jumaat..kami perlu tamatkan acara sebelum jam 12.30 kerana kaum lelaki cepat2 nak bersiap ke masjid untuk solat jumaat..

 alhamdhulillah..lancar bacaan pengantin..
 
 tak bawa muqadam ? tab kan ada !



ringkas sahaja acaranya..


 

Wednesday, November 18, 2015

Marhaban di Subang Jaya


Assalaamualaikum..
majlis yang happening..
tiada kata2 nak di ucapkan..
kerana semuanya terbaik..
terima kasih Puan Paridah..sudi jemput kumpulan kami..
sampaikan datang kerumah menjemput sendiri..
"tak puas berinteraksi di alam maya"..katanya..
begitulah tingginya budi bahasa beliau..
bahasa itu menunjukan bangsakan..
akak bangga!!

 Comelnya cucunda Dato' dan Datin 

buah tangan dari Puan Paridah..




acara potong jambul dilakukan olih datok nenek dan sanak saudara..

 Puan Paridah bersama suami dan anak menantu.. 

kami juga mengabadikan kenangan bersama pasangan ini pada tarikh 25/4/15.



Marhaban di TTDI Jaya

Assalaamualaikum..
Usai majlis dirumah Puan Siti Sarah..kami bergerak kelokasi jemputan majlis aqikah kedua pula. tidak susah mencari lokasinya...waze kan ada..hihi
Tepat pada waktu yang dijanjikan kami sampai. Kami disambut dengan keramahan tuan rumah seisi keluarga dan kemeriahan majlis. Ramai tetamu dan sanak saudara yang hadir meraikan majlis tersebut. Tarikh 17/10/15 tentunya menjadi kenangan terindah buat Puan Ain sekeluarga kerana majlis aqikah anaknda beliau di hadiri olih ramai tetamu..sanak saudara dan handai taulan. meriah sungguh..

 






 bukan si adik saja yang nak potong jambol..si abang pun nak jugak. rela nenek mendukong cucu kesayangannya. begitulah kasih sayang seorang nenek terhadap cucunya..


Marhaban di Putra Height Subang Jaya

Assalaamualaikum..
Majlis ini bertarikh 26/4/15. Sudah lebih 6 bulan berlalu. Majlis Aqikah, berzanzi, marhaban serta berendoi untuk baby Amnie Izzryn diraikan di rumah pasangan Puan Haslinie dan En. Bikhairin Ihdzar di Putra Heights Subang Jaya. Tentunya masa ini baby Amnie Izzrynn bertambah comel, sudah membesar dan sihat walafiat. Semuga baby Amnie Izzrynn apabila besar kelak akan menjadi insan yang solehah..yang berbakti dan berjasa kepada agama serta kedua ibu bapanya...patuh akan perintah Allah swt dan Rasolnya dan meninggalkan segala laranganNya..Aamiin

akak suka sangat pelamin ini..warna putih ni memang menjadi feveret colour akak. tenang dan damai ajer kan..

dipadankan pulak dengan warna kuning..memang nampak berseri. tapi sayangnya.. tidak berkesempatan untuk bergambar beramai-ramai..kerana uniform kami pun warna kuning..huhu


Puan Harlinie agak pemalu orangnya..jadi kami tidak banyak berbual/bersembang. lagi pun kami dalam keadaan tergesa-gesa kerana masing-masing perlu menghadiri majlis kenduri kawen di tempat lain. Mohon maaf ye Lyn jika ada kekurangan dari pihak kami..





 walaupun sedang di gunting rambutnya..di sentoh..di cium baby Amnie Izzrynn tetap tidur nyenyak..

Marhaban di Aroma HIjjrah TTDI Jaya

Assalaamualaikum.. 
 Subhanallah..Alhamdhulillah..banyaknya undangan yang kami terima semenjak awal tahun ..kini dan seterusnya..insya Allah....
Sampai tidak kecukupan masa untuk mengemaskini blog ini. Akak suka untuk mengabadikan setiap majlis di blog ini buat kenangan bersama pelanggan kami.
Akak tak berapa ingat dengan tepat majlis ini. Tapi bila lihat semula dalam gambar majlis ini bertarikh 30/5/15. Majlis aqikah dan kesyukuran ini diadakan di rumah  disebuah  restoran di TTDI Jaya. Jemputan datangnya dari Puan Nadia dan keluarga untuk meraikan  anaknda/cucunda berdua iaitu Baby Nor Dania Iman dan baby Ilyas Hakimi yang berkongsi majlis aqikah dan kesyukuran..marhaban dan berendoi.

Semuga kedua baby membesar menjadi insan yang soleh dan solehah yang berbakti kepada kedua ibubapanya juga kepada agama dan bangsanya..aamiin.
 

Sebenarnya baby ada dua orang. semasa gambar diambil..baby Ilyas Hakimi  belum sampai lagi.. maka sempat ambil gambar baby Nor Dania Iman sahaja..


Buah tangan daripada tuan rumah.yang berbalut seperti hadiah tu sehelai kain batik.terimakasih..

  mereka adik beradik. anak2 mereka hampir sebaya usianya. bestkan buat majlis begini sekali harung. tetamu pun ramai..maklumlah tetamu yang datang dari dua buah keluarga..

sseronok melihat pasangan bahagia ini..
Semuga pasangan ini di kurniakan kebahagian bersama sebagai muslimin dan muslimah sejati hingga ke jannah..Aamiin..


Tuesday, November 17, 2015

Marhaban di Cahaya SPK


Bismillahirrohmanirrohim..
Assalaamualaikum.. 
Mengabadikan kenangan di majlis aqiqah baby Raihah anaknda kepada Puan Siti Sarah dan pasangannya En. Rohaizat pada 17/10/15 lalu. Majlis berlangsung di kediaman beliau di Chahaya SPK Seksyen U9. Kami datang awal sedikit daripada masa yang kami janjikan kerana selepas selesai acara majlis di rumah beliau kami perlu memenuhi undangan di tempat lain. Ribuan terimakasih kami ucapkan kepada Puan Sarah yang sudi menjemput kami ke majlis aqiqah anaknda beliau. Majlis yang sederhana dan ringkas dan tiada acara potong jambul. Sangat santai dan tenang.
Kami doakan semuga baby Raihah menjadi anak yang solehah yang berbakti kepada kedua ibu bapanya dan dalam keredhaan Allah..AAmiin.

  
 Kedatangan kami di sambut dengan mesra..dan hidangan sarapan pagi telah pun tersedia.
Ibu kepada tuan rumah pun sangat peramah..membuatkan kami tak rasa malu atau kekok.
 Jarang sangat kami bersarapan sebelum memulakan majlis..kerana bimbang juga jika suara tidak boleh keluar.. termengah kerana kekenyangan. Alhamdhulillah..semuanya berjalan lancar seperti yang di rancang....


sukanya dengan suasana persekitaran rumah Puan Sarah..macam resort dah..sejuk dan tenang.. 
bila ada kesempatan..tak lepas peluang untuk berinterprem....hehehe