Thursday, September 3, 2015

Marhaban di Kota Damansara

Assalaamualaikum..
 
Kami berkongsi kegembiraan bersama Puan Zarin dan pasangannya pada majlis aqikan dan potong jambol kerana meraikan kelahiran puteri sulong mereka setelah beberapa tahun mereka menunggu akan kelahirannya. majlis pada 25/7/15 di adakan di D'Rimba Kota Damansara.
Cahaya kegembiraan terpancar pada wajah pasangan ini disaat sedang merasai kebahagian dengan kehadiran puteri sulong mereka yang sangat comel.
Alhamdhulillah..semuanya berjalan lancar seperti yang di rancang dan semuga majlis yang meriah ini menjadi kenangan manis buat pasangan ini..









Semuga puteri Puan Zarin membesar sebagai insan yang solehah yang taat kepada kedua ibu bapanya, taat akan perintah Allah dan meninggalkan segala laranganNya..Amin

Wednesday, September 2, 2015

Marhaban di Riana Green Wangsa Maju

Assalaamualaikum..
 Sebelum akak meneruskan coretan..akak minta maaf kepada tuan punya majlis kerana akak dah terlupa nama kerana sudah lama majlis ni berlangsung. Biasanya akk mencatat nama, tarikh dan alamat dalam buku catatan akak, dah banyak sangat agaknya hendak di catat sampaikan akak terlupa. walaupun ada save nama dalam handpon..kalau dah taktahu nama macamana nak carikan..huhu
tarikhnya akak ingat iaitu pada 6/6/15 dan bertempat di Riana Green East Kondo Wangsa Maju..
majlis yang tenang dan santai sambil melayan selera dengan makanan yang enak dan lazat. di iringi pula dengan tiupan angin dan udara segar dari atas balkoni sambil menikmati pemandang sebahagian dari ibukota kuala lumpur..terasa mcam nak beli kondo sebijik kat sini..hihi
sayangnya..akak tidak berkesempatan untuk mengambil gambar..








Alhamdhulillah.. telah selamat kami sempurnakan hajat tuan rumah yang mahukan kami bernasyid, berzanzi, marhaban, doa selamat dan berendoi..seperti yang di persetujui dalam pakej perbincangan kami. terimakasih kepada kedua ibubapa pasangan ini yang melayan kami dengan mesra sekali..
terimakasih..





Marhaban di Denai Alam

Assalaamualaikum..
 Sebenarnya kami banyak menerima jemputan dari kawasan perumahan Denai Alam. tapi belum berkesempatan nak updete. inilah majlis pertama akak updet yang telah bersiaran dari kawasan perumahan Denai Alam pada 29/8/15..hihih
Majlis cukur jambul..tapi tak potong jambul pun. Menurut kata Puan Shyeliena..baby Edeleia telah pernah bercukur rambut semasa baru lahir..so majlis ni ada lah majlis kesyukuran untuk meraikan baby Edeleia..
seperti di rancang majlis berjalan lancar dan meriah. bukan saja kumpulan kami yang di undang untuk meraikan majlis kesyukuran ini, En. Fareed juga menjemput anak2 tahfiz untuk membacakan yassin dan doa selamat dalam majlis tersebut.
semuga keluarga ini mendapat keberkatan dan keredhaan  Allah swt didunia dan juga diakhirat dan jadikanlah anak2 mereka anak2 yang soleh dan solehah..Amin



pasangan sehati sejiwa Puan Shyeliena dan En Fareed..



keletah comel baby Edeleia..dalam majlis yang santai..


selepas mendengar dendangan lagu " Dendang Siti Fatimah "..terus baby Edeleia tertidur..

teringat2 kuih serimuka yang sangat sedap..
rasanya seperti kuih orang dulu2. sebab apa akak kata gitu?
Sebab setelah sekian lama..baru hari tu akak dapat makan kuih serimuka yang rasanya rasa asli kuih serimuka..
tengok jer dah tahu yang bahulu kemboja tu sedapkan..memang sedap..

hidangan lain yang tidak kurang sedapnya..
jemput makan!

Marhaban di Seksyen 7 Shah Alam

Assalaamualaikum..

Subhanallah..Alhamdhulillah..banyaknya undangan yang kami terima dalam bulan Syawal selepasnya..kini dan seterusnya..insya Allah....
September ini sudah ada 5 undangan kemajlis cukur jambul yang di terima. Ada lagi beberapa jemputan yang terpaksa kami tolak kerana jadual yang bertindih dan tidak cukup ahli untuk membolehkan kami menerima undangan di sebabkan ramai ahli kumpulan mempunyai program mereka sendiri..

Update jemputan majlis pada 30/8/15 di rumah Puan Shamsiah dan pasangannya En. Muhammad Wazir di Seksyen 7 Shah Alam. Majlis aqiqah dan potong jambul untuk anaknda Muhammad Rayyan..



pelamin comel simple dan menarik dengan warna2 yang meriah..


   Muhammad Rayyan yang tak lekang dengan nyut nyutnya..:))
comel jer dia..




selepas bernasyid, berzanzi.. marhaban..sampai acara potong jambul * sebenarnya acara ni untuk suka2 saja.. tidak ada dalam hukum pun mengatakan kena buat *
macam tahu2 jer Rayyan.. dengan sendirinya menghulurkan kepala.. bila nenek2 nak mengunting rambutnya..




acara berendoi..
biasanya baby duduk dalam buaian..tapi Rayyan lebih selesa dalam pangkuan bapanya.
semuga bila besar nanti Rayyan boleh menghayati bait2 senikata lagu berendoi ini..
~ pabila engkau telah dewasa..
~ jadilah anak yang berjasa.. 
~ berbaktilah pada ibu bapa..
~ juga kepada nusa dan bangsa
~ itulah harapan ibu bapa..
~  harapan mereka jangan di kecewa..
 

seronok melihat kebahagian pasangan ini..semuga mereka berbahagia bersama anak-anak dan menjadi ibu bapa yang dapat mendidik anak-anak menjadi insan yang soleh dan solehah hingga ke jannah. Semuga Allah memelihara.. merahmati dan memurahkan rezeki mereka sekeluarga..amin..