Friday, September 1, 2023

marhaban di Denai Alam


Assalamualaikum..
Hai semua..
Kakrose bersiaran kembali..
Menyantuni jemputan majlis akikah dan potong jambul sekali dgn sambutan birthday dan anniversary puan Lieya dan suami di Denai Alam
Majlis santai dan meriah. Hidangan menu makanan sangat enak dan lazat
Terima kasih Lieya kerana mengundang kumpulan Izzatul Hassanah utk meraikan majlis ini. Didoakan semuga Lieya dan family dimurahkan rezeki dan sentiasa dalam rahmat dan perlindungan Allah..aamiin 



 

Sunday, October 2, 2022

Saturday, July 30, 2022

Undangan ke Alamy Hall Space U8

Bismillahhirrohmaanirrohiim 
Assalamualaikum..
30 Julai 2020
Undangan majlis akikah potong jambul dan berendoi dari puan Isma dan suami buat meraikan anaknda beliau baby Amanda Kayla telah selamat kami sempurnakan. Majlis berjalan lancarsantai dan meriah.
Kami team Izzatul Hasanah mengucapkan ribuan terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada team kami untuk meraikan majlis ini..
Kali ini flow majlis ada kelainan sedikit. Idea datangnya dari Puan Isma sendiri. Sebelum memulakan majlis..mereka dan tetamu berkumpul di pintu masuk dan bila mana emce mengumumkan ketibaan mereka team kami mengalukan kedatangan mereka dengan membaca selawat sehingga mereka selesai mengambil tempat duduk masing- masing.. 
suka idea ini💚
Alhamdulillah…













Monday, November 20, 2017

Kumpulan Marhaban kami dalam Package D'Alis deco

Assalaamualaikum..

Jemputan ini datangnya dari sahabat maya akak.. D'Alis deco..
D'Alis deco sangat aktif menjalankan perniagaan sebagai mengaturcara majlis. kami sudah beberapa kali mendapat undangan dari beliau. undangan ini datangnya dari beliau sebagai package majlis aqikah, potong jambul dan berendoi. pelamin dan khemah pun cantik di tambah pula dengan menu makanan yang sedap belaka..
kami sebagai sebahagian dari package tersebut pun sangat berpuas hati..kerana urusannya yang sangat mudah dan lancar..sebagai tetamu pula kami sangat berpuas hati dengan menu yang sedap semuanya.
boleh lawati blog beliau 








gambar kredit dari Alis Decor..terima kasih Alis, lain kali boleh undang kami lagi..


Marhaban di Bandar Manjalara


Assalamualaikum wbt..
Alhamdhulillah.. kita sudah hampir ke penghujung tahun. Semangkin banyak pula undangan majlis cukur jambul Yang kumpulan kami terima. Alhamdhulillah..setakat ini kami masih mampu menerima jemputan mengikut kesesuaian masa dan tempat setiap majlis..
Banyak acara majlis cukur jambol yang belum berupdate. Kena tunggu giliran mengikut kelapangan masa akak. Tak bestlah kalau update pilih-pilih majlis kan. Ada juga yang sudah terlupa tarikh dan tempat..kekadang sudah terdelete gambar dsb nya..

hari ini 18/11/17  kumpulan kami menunaikan hajat Datin Noor Hayati dari Bandar Manjalara kerana meraikan majlis aqiqah, cukur rambut dan berendoi buat cucunda beliau Wan Norain Sofia binti Wan Mohamad Zamir.

Alhamdhulillah..majlis berjalan lancar dan meriah..tambahan pula kumpulan tahfiz dari Ampang juga turut meraikan majlis dengan bacaan doa selamat..
Semuga cucunda Datin Noor Hayati sentiasa sihat dan di murahkan rezeki yang berkat serta menjadi anak yang solehah..amiin.















terima kasih Datin..kerana sudi mengundang kumpulan kami. semuga seluroh ahli keluarga Datin sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah swt..amiin..

Thursday, October 12, 2017

Marhaban di Semenyih

Bismillahhirrohmaanirrohiim ..
Assalamualaikum..

Dengan izin Allah..Hajat dari Puan Lylia Haniza telah pun dapat kami tunaikan pada majlis aqikah, marhaban dan berendoi di kediaman Puan Lylia di Taman Pelangi Semenyih pada 23/9/17 jam 11am.
Alhamdhulillah..Allah permudahkan segala perjalanan dan urusan kami. perjalanan menuju kerumah puan Lylia sangat mudah..kerana ini kali ke2 puan Lylia mengundang kumpulan kami untuk meraikan majlis aqikah anak kedua baliau..kali pertama kami datang pada tahun 2015..klik sini.. 
  Alhamdhulillah Puan Lylia dan suami sudi mengundang kami lagi. Ribuan terimakasih  kami ucapkan..
comel jer kad jemputan dia..












gambar2 kredit dari Puan Lylia