Sunday, November 8, 2009

marhaban berendoi disana sini...

8/11/09
Selamat malam teman-teman semua..tentu dah makan malam..dan sedang bersantai bersama keluarga..semuga semua berbahagia..

Gambar ni dah kuar semalam..baru malam ni nak wat ceritanya...sbb semalam dah ngantuk sangat. Jadi malam ni..sambung balik...

Bukan apa sangat pun ceritanya..saja2 nak cerita.Nampaknya dah nak akhir tahun ni..setiap minggu penuh dengan jemputan marhaban untuk majlis khatam alquran dan majlis potong jambul dan bacaan yasin. Majlis utk meraikan kawan-kawan yg nak keMekah dah selamat di sempurnakan dan alhamdhulillah semua kawan-kawan telah pun berangkat keTanah suci. semuga mereka semua dapat mengerjakan ibadah haji dengan sempurna..dan mendapat haji yang mabror..amin

Nak cerita sikit tentang kumpulan kami ni.Kumpulan kami ni di tubuhkan pada tahun 1987..masa tu kami ni semua muda2 lagi..hihihi..
pada mulanya kumpulan ini di tubuhkan olih ahli jawatan kuasa KEMAS kat taman perumahan kami. Cikgu KEMAS ni yang memberi galakan supaya diwujudkan satu kumpulan marhaban..supaya kalau ada majlis2 yg berkaitan..tak payahlah nak cari kumpulan dari luar.Dalam kumpulan AJK KEMAS tu..adalah dua org warga Johor..Ustazah Rogayah ( masa tu belum ustazah )dan sapa lagi.. kalau bukan ahkak..hehheeh.Rasanya..orang Johor kalau tak boleh baca rawi..malu ekk..mesti boleh baca..walau pun sikit2..
Bila cikgu KEMAS tanya..sape boleh baca rawi( berzanji)kami berdua angkat tangan..ekekek..cam budak sekolahlah.bak kata budak2 sekarang ni..poyo aje!

Mulai dari saat situlah..kumpulan kami ni berkembang..ketuanya silih berganti..macam2 kontravesi..macam2 halangan...pernah terbahagi dua (macam parti politik pulak) akhirnya kumpulan penentang dengan sendirinya hilang..kami masih teguh berdiri..memenuhi dairi undangan..sebagai pembaca rawi/ berzanji, berkhidmat pada masyarakat setempat, memenuhi undangan dari kerabat dan orang berpangkat dan koperat dan masyarakat setempat. Hanya itulah saja kebolehan yang kami ada..untuk diwarisi kepada generasi muda..
Kami sering juga masuk pertandingan..dan pernah beberapa kali menang pertandingan.
biasalah setiap kumpulan ahli dan guru sering bertukar ganti. yang penting ilmu yang di pelajari di menafaatkan untuk kebaikan bersama.

 minggu ini memebuhi undangan majlis cukur rambut anak seorang pengusaha saloon..sahabat kepada pn sosilawati ~


********

pada sebelah petangnya kami ke majlis cukur rambut cucu Raja Azizah..kawan/ahli kumpulan kami..

Friday, October 23, 2009

Majlis Khatam Quran

Salam semua..n3 lari sikit dari yg kita war-warkan.
majlis ni..di rumah Puan Aida dan Cikgu Zul..sempena keberangkatan mereka ke tanah suci Mekah untuk menunaikan haji.Kebetulan Aida dan dua orang kawan kami..sama-sama telah khatam Quran.Ustaz kami menyarankan..diadakan sekali majlis khatam quran pada malam itu.Majlis berlangsung..dalam suasana tenang sekali..dan ramai tetamu yang hadir.
Buat pengetahuan kawan semua..kami telah berguru mengaji alQuran secara sanat.Maksudnya..kami belajar mengaji..secara berguru..dari mula sampai habis...dengan satu guru aje.Guru kami( Ustaz Imam Sauqi )pulak berguru dengan anak murid ( tak tahu nama dia ) kepada Ustaz Hassan Azhari.Jadi..bila kami dah Khatam nanti..kami boleh mengajar secara sanat..dan mengikut cara guru kami mengajar..dan mendapat surat tauliah dari Ustaz Hassan Azhari sendiri..
Mengaji secara sanat ni..makan masa bertahun-tahun.Maklumlah nak betulkan makhraj,hukum tajwid dan banyak lagi.Ada yang sampai 7-8 tahun baru khatam.Kita dah ikuti selama hampir 4 tahun..baru dapat beberapa juzuk saja ( banyak ponteng kelas )
Ini dah tahun ketiga..kami mengadakan majlis ni.

~ hajjah Cik Yah..puan Aida..hajjah Hapipah..orang yang di raikan ~


Add caption
~ bergambar kenangan..bersama Ustaz Imam Sauqi ~
Add caption

Wednesday, March 4, 2009

Khatam Alquran buat arwah

Assalaam.. 



Malam tadi.. malam kedua kami membaca AlQuran beramai2 dan khatamkan AlQuran utk Allahyarhamah kawan akak yang telah kembali kerahmatullah minggu lepas. Ramai kawan2 yg hadir, utk sama2 membaca Quran.Hati terasa hiba sangat...bila teringatkan arwah. Biasanya...kalau ada majlis2 yang sebegini..arwahlah orang pertama yang mengesyorkannya. Quran yang kami baca itu pun..buah tangan dari arwah semasa pergi mekah dulu. Arwah mewakafkan Quran itu untuk kami baca dan khatamkan..sekiranya ada antara kari'ah kami yang meninggal dunia.
Semuga Allah mencucuri rahmat keatasnya...dan masukkan arwah didalam golongan orang2 yangg solehah dan beriman..Amiin.