Tuesday, September 20, 2016

Marhaban di Denai Alam

Assalaamualaikum..

Mencatatkan kenangan pada 16 September 2016 bersamaan 14 Zulhijah 1473H. Jam 3.30 petang.
 Telah selamat kami sempurnakan undangan majlis kesyukuran sempena ulang tahun kelahiran cucu-cucunda  Puan Rogayah iaitu cucunda Raees Aqeel, Soraya Nuha dan Sophia Nadine di kediaman anaknda beliau di Denai Alam..

 Alhamdhulillah..acara marhaban serta doa selamat berjalan lancar seperti yang di rancang.  Ribuan terima kasih buat Puan Rogayah sekeluarga kerana sudi mengundang kami buat kali kedua.
 Kami mendoakan semuga Puan Rogayah dan keluarga di murahkan rezeki yang berkat..di panjangkan usia dan  dilimpahi rahmat dan kasih sayang dari Allah SWT...Aamiin

door gift penyeri majlis..







 Subhanallah..
kanak -kanak yang di raikan sungguh keletah dan chomel..




Marhaban di Banting

Assalaamualaikum..

Alhamdhulillah..selesailah sudah majlis  aqikah, cukur jambul dan berendoi untuk cucunda Damia Safiah binti Mohd Haikal..
 Tarikh 17/9/ 2016 bersamaan 15 Zulhijah 1437H tentunya menjadi kenangan terindah buat keluarga Pn Anith dan En. Haikal kerana dapat berkumpul bersama keluarga tersayang di dalam majlis yang indah lagi meriah ini.
 Majlis Yang sangat meriah dengan kehadiran sanak saudara dan orang2 sekampung di adakan di kediamam bapa Puan Anith di Kampung Kelanang Banting.

 Kami pun tumpang gembira dan seronok serta bersyukur di atas layanan mesra keluarga Pn Anith terhadap kami. Segala juadah yang di hidang sangat enak dan lazat. Terimakasih yang tidak terhingga kami ucapkan kerana sudi menjemput kumpulan kami bagi menyempurnakan majlis tersebut..semuga keluarga Pn Anith di limpahi rahmat dan mendapat keberkatan di dunia dan juga diakhirat.. khususnya buat cucunda Damia Safiah...semuga Damia Safiah menjadi anak yang solehah..aamin