Monday, November 20, 2017

Kumpulan Marhaban kami dalam Package D'Alis deco

Assalaamualaikum..

Jemputan ini datangnya dari sahabat maya akak.. D'Alis deco..
D'Alis deco sangat aktif menjalankan perniagaan sebagai mengaturcara majlis. kami sudah beberapa kali mendapat undangan dari beliau. undangan ini datangnya dari beliau sebagai package majlis aqikah, potong jambul dan berendoi. pelamin dan khemah pun cantik di tambah pula dengan menu makanan yang sedap belaka..
kami sebagai sebahagian dari package tersebut pun sangat berpuas hati..kerana urusannya yang sangat mudah dan lancar..sebagai tetamu pula kami sangat berpuas hati dengan menu yang sedap semuanya.
boleh lawati blog beliau 








gambar kredit dari Alis Decor..terima kasih Alis, lain kali boleh undang kami lagi..


Marhaban di Bandar Manjalara


Assalamualaikum wbt..
Alhamdhulillah.. kita sudah hampir ke penghujung tahun. Semangkin banyak pula undangan majlis cukur jambul Yang kumpulan kami terima. Alhamdhulillah..setakat ini kami masih mampu menerima jemputan mengikut kesesuaian masa dan tempat setiap majlis..
Banyak acara majlis cukur jambol yang belum berupdate. Kena tunggu giliran mengikut kelapangan masa akak. Tak bestlah kalau update pilih-pilih majlis kan. Ada juga yang sudah terlupa tarikh dan tempat..kekadang sudah terdelete gambar dsb nya..

hari ini 18/11/17  kumpulan kami menunaikan hajat Datin Noor Hayati dari Bandar Manjalara kerana meraikan majlis aqiqah, cukur rambut dan berendoi buat cucunda beliau Wan Norain Sofia binti Wan Mohamad Zamir.

Alhamdhulillah..majlis berjalan lancar dan meriah..tambahan pula kumpulan tahfiz dari Ampang juga turut meraikan majlis dengan bacaan doa selamat..
Semuga cucunda Datin Noor Hayati sentiasa sihat dan di murahkan rezeki yang berkat serta menjadi anak yang solehah..amiin.















terima kasih Datin..kerana sudi mengundang kumpulan kami. semuga seluroh ahli keluarga Datin sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah swt..amiin..

Thursday, October 12, 2017

Marhaban di Semenyih

Bismillahhirrohmaanirrohiim ..
Assalamualaikum..

Dengan izin Allah..Hajat dari Puan Lylia Haniza telah pun dapat kami tunaikan pada majlis aqikah, marhaban dan berendoi di kediaman Puan Lylia di Taman Pelangi Semenyih pada 23/9/17 jam 11am.
Alhamdhulillah..Allah permudahkan segala perjalanan dan urusan kami. perjalanan menuju kerumah puan Lylia sangat mudah..kerana ini kali ke2 puan Lylia mengundang kumpulan kami untuk meraikan majlis aqikah anak kedua baliau..kali pertama kami datang pada tahun 2015..klik sini.. 
  Alhamdhulillah Puan Lylia dan suami sudi mengundang kami lagi. Ribuan terimakasih  kami ucapkan..
comel jer kad jemputan dia..












gambar2 kredit dari Puan Lylia


Marhaban di Setia Alam


Bismillahhirrohmaanirrohiim
 Assalamualaikum..
Alhamdhulillah.. Kumpulan Marhaban Izzatul Hasanah menerima jemputan majlis marhaban dan berendoi di Seri Jati Apartment Setia Alam pada 7/9/17 jam 11:am..
Majlis Aqiqah buat anaknda kepada Puan Normi Azura dan En Michael telah selamat kami sempurnakan..Alhamdhulillah..

Semuga segala selawat dan doa  kami buat baby Athena Sophia dan juga doa2 yang kami panjatkan buat seisi keluarga Puan Normi di perkenankan olih Allah SWT..Aamiin..


 tertulis meja khas buat kumpulan kami..

 Puan Normi dan baby yg sangat comel dan cool..šŸ‘Ŗ

 ummi2 n wan pun teruja sama nak mendokong baby Athena Sophia..šŸ˜šŸ˜šŸ˜



ramai ahli yang bercuti..kami kenalah import ahli dari kumpulan sebelah.Terimakasih ahli kumpulan al Insyirah kerana sudi membantu kami..šŸ˜™šŸ’•




Thursday, September 21, 2017

Marhaban di Rahman Putra

Assalamualaikum..

Tarikh 29/7/17..
Tenangnya pagi itu.. kami berkumpul seperti biasa di tempat yang telah kami janjikan. Alhamdhulillah..selalunya dengan izin Allah juga kami akan sampai tepat pada masanya untuk berkumpul sebelum memulakan perjalanan. Sebelum memulakan perjalanan ke destinasi jemputan..ustazah kami iaitu ustazah Ruqayah akan membacakan doa memulakan perjalanan..semuga perjalanan kami lancar dan selamat sampai tepat pada masa yang di janjikan..
Destinasi kali ini kami ke Taman Rahman Putera Sungai Buloh. Jarak perjalanan lebih kurang 14 km mengikut kata waze lah  ;=)


Undangan dari Puan Nurul dan suami, kerana meraikan majlis aqiqah cukur jambul buat anaknda beliau baby Zayyan Arieff bin Ahmad Zaki
Majlis aqiqah baby Zayyan berlangsung dengan santai dan meriah. olih kerana kami sampai awal sedikit dari masa yang di janjikan, kami di jemput bersarapan terlebih dulu. Biasanya bila ada pelawaan untuk bersarapan terlebih dulu kami menolak kerana ingin memberi tumpuan kepada kepada acara majlis..bimbang suara tak boleh keluar nanti..sebab dah kenyang..hehehe
olih kerana masa pun masih awal.. di tambah pulak dengan keramahan dan kemesraan Puan Nurul..tidaklah mampu untuk kami menolaknya..
rezeki jangan di tolak! itu pesanan org tua2..









 gambar di atas kredit dari Puan Nurul

olih kerana kami ada jemputan dan acara lain pada sebelah tengahari..kami mohon dari Puan Nurul untuk memulakan majlis awal sedikit...
 Alhamdhulillah..bila kita memudahkan urusan orang lain..Allah akan memudahkan urusan kita pula..
Semuga Puan Nurul dan seisi keluarga sentiasa dalam rahmat dan perlindungan dari Allah..di murahkan dan diluaskan rezeki dan di berikan kesihatan yang baik dan di permudahkan segala urusan di dunia dan akhirat. buat baby Rayyan juga kami mendoakan semuga baby Rayyan membesar sebagai anak yang soleh dan menjadi imam kepada seluruh keluarga dan masyarakat..amiin..


 menariknya..hari itu juga di adakan sambutan ulang tahun perkahwinan kedua ibu bapa Puan Nurul..




antara hidangan yg marveles..



 ole-ole dari puan Nurul


 terimakasih kerana sudi membaca dan jumpa lagi dilokasi lain pula..