Thursday, September 30, 2010

Marhaban di Bukit Subang

Assalaam.. 
kumpulan kami mendapat undangan dari puan Nina dari Bukit Subang untuk meraikan majlis cukur jambul anaknda beliau.
majlis bermula dengan bacaan doa selamat olih ustaz Zamri dan di ikuti dengan alunan berzanzi, marhaban dan berendoi dari kumpulan kami.
majlis kesyukuran dan aqikah untuk anak sulong puan Nina pada 26 sept lepas.



bergambar kenangan bersama ustaz Zamri.
kalau ada sesiapa berhajat bolehlah jemput kami..jauhke, dekatke, InsyaAllah kami akan pergi..

Thursday, September 23, 2010

Nuffnang ku..

.....bersambung dari hari semalam..takde idea nak buat n3...
apa kata akak buat n3 pasal Nuffnang..boleh tak?
malulah pulak! Cik Nuff akak ni zzzzzzzzzzzzzzzz aje..macamana nak kejutkan dia dari tidor lena ekk?
last dapat BE..bulan march lepas. pastu tak keluar lagi dah. Harap-harap boleh dapat BE lagi..boleh menabong buat pergi melancong...hehehe..

Sunday, August 8, 2010

jemputan penutup tahun

Salam dan selamat sejahtera buat pengunjung semua..
Penutup tahun bagi kumpulan marhaban AlInsyirah..kami mendapat banyak undangan kemajlis Khatam AlQuran dan berendoi.Setiap minggu sepanjang bulan Sa'aban ini penuh dengan majlis undangan.Memang penat dan meletihkan, tapi dik kerana minat..kami penuhi juga setiap undangan tersebut.

Tahun ini..kebanyakan majlis..tuan rumah sangat suka pada thema warna pink dan purple.kebanyakan majlis yang kami hadiri..mahukan kami mengenakan uniform kaler pink purple. Bayangkan kalau satu hari ada dua majlis yang mahu kami berpakaian warna yang sama..heheheh..

Gambar semua ini akk snap dengan izin tuan rumah. Ada juga yang tak sempat nak bergambar disebabkan tergesa2 nak cepat ke tempat lain. Inilah sahaja sumbangan bakti akk dan rakan-rakan..kepada masyarakat setempat dan sekitarnya..demi menyambung warisan budaya dan bangsa.Semuga akk dan rakan-rakan..dapat menyambung kembali aktivi ini selepas berakhirnya Ramadhan nanti..selamat menyambut Ramadhan ALMubarak..dan selamat menjalani ibadah puasa..berterawikh dan bertadarus.


Salam dan jumpa lagi..

Monday, June 28, 2010

Majlis Marhaban dan Berendoi di Concorde Shah Alam

Salam dan selamat sejahtera buat teman dan pengunjung semua.
Ceria-ceriakan hari anda..
Takde cerita yg menarik yang nak di kongsi..cuma nak kongsi sedikit idea. kalau ada sesiapa nak cari idea nak buat majlis marhaban berendoi/cukur rambut untuk anak/cucu..bolehlah beralih tempat.. ke hotel pulak.
Majlis marhaban berendoi  di adakan di hotel  Concorde  Shah Alam. En.Khalid dan pasangannya Puan Iman mengadakan majlis aqiqah/cukur rambut/berendoi untuk anak perempuannya..
memang happening dan meriah..tetamu yang sporting turut serta marhaban dan bernasyid bersama kami..


 gambar yg akk amik ini dengan izin Puan Iman..

~ pelamin comel di hias indah ~
~ bunga rampai di tabur tabur ~
 ~ acara kami selesailah sudah ~
~ minta diri untuk berundur ~



~ posing nenek-nenek cun..~

jumpa lagi..

Thursday, January 28, 2010

Khatam Quran Untuk Arwah Siti

Assalaamualaikum..
Alhamdhulillah..malam semalam..telah selamat menyempurnakan hajat adik akak untuk mengadakan bacaan khatam quran untuk arwah anak saudara akak. majlis selama dua malam berturut2 diadakan di rumah adik akak.Alhamdhulillah..ramai rakan/jiran tetanga yang turut serta. seperti biasa..kumpulan kami  sering di undang untuk majlis2 seperti itu..