Tuesday, December 27, 2016

Marhaban di Sunway Alam Suria

Assalaamualaikum..
Jemputan majlis diminggu terakhir bulan Desember 2016..
jemputan datangnya dari En. Haris Hassan dari Sunway Alam Suria dimajlis aqikah dan potong jambul untuk anaknda beliau baby Sarah Raisya binti Haris.
Turut serta diraikan juga baby Hakim bin Hafiz anak abang kepada En Haris iaitu En Hafiz bin Hassan. Tidak lah sukar untuk mencari lokasi kediaman En Haris keranan KY pun pernah tinggal selama 4 tahun di kawasan berdekatan. KY pernah tinggal di Sunway Kayangan sebelum berpindah ke Desa Alam pada tahun 2010.
majlis yang sederhana tapi meriah. sangat meriah dengan layanan dan keramahan seluruh isi rumah dan hidangan yang enak2 belaka. Mat saleh kata "frankly speaking" lah..inilah rumah paling lama kami duduk bersembang dan "berkudapkudapan"..hihi

Terimakasih banyak En Haris dan seluroh keluarga kerana sudi mengundang kumpulan kami dan melayan kami seperti ahli keluarga sendiri. Semuga segala doa yang telah kami baca dan pohonkan.. Allah maha mendengar dan di makbolkan segala doa kami..aamiin.

Alhamdhulillah..semuga kegembiraan dan keceriaan pada majlis tersebut membawa kepada kumpulan kami tambah bersemangat meneruskan dan menerima undangan pada majlis yang akan datang..InsyaAllah..

selepas acara potong jambol..kedua baby ni letih nampaknya sehingga tertidur bersama.
comelnya mereka berdua. Sudah semestinya gambar ini bakal menjadi gambar kenangan terindah buat mereka bila besar nanti..

si abang kenalah menjaga si adik. mereka adalah mahram..

 En. Haris dan Puan Haris..

En. Hapiz dan Puan Hafiz bersama anak-anak. bukan senang nak uruskan kanak-kanak dalam sesi bergambar..hihihi
apapun comel sangat melihat keletah anak-anak..



 Puteri sulong En Haris..
  
 anak kelima kepada En. Hafiz
 begitulah seeloknya..bapa mulakan acara memotong rambut..

 Dunia anak-anak..tidurlah yang paling bahagia buat mereka. melihatkan wajah mereka yang sedang tidur..sangat membahagiakan perasaan kedua ibu bapa..

 gambaran kasih dan sayang..
lembut dan syahdu. Ky memang minat corak2 begini..

 sudut di penjuru tangga yang menarik perhatian ky..


 Ustazah kami kata .. "dah macam anak aku En Haris ni..peramahnya kemain. Esok2 kalau ada rezeki lagi..jangan lupa jemput kami lagi ye.. ☺☺






Wednesday, December 21, 2016

Marhaban di Taman Setiawangsa

Assalaamualaikum..
15/10/16
Jemputan kali kedua dari En. Firdaus..


 









 








Marhaban di Taman Lestari Perdana Sri Kembangan

Assalaamualaikum..
24/7/16

















 






Marhaban di Denai Alam

Assalaamualaikum..

Pada tarikh 3/12/16 telah menjadi kenangan yang paling tidak dapat kami lupakan kerana pada tarikh tersebut buat pertama kalinya kami lambat sampai ke majlis..
Bermula dengan rasa * sudah biasa dengan kawasan dimana majlis yang akan kami pergi..jadi ambil ringan waktu mula bergerak dari rumah..diikuti pula dengan tetiba jalan  yang biasa kami lalui ditutup..terpaksa ikut jalan lain yang jauh..pastu jemm pulak. masa dah habis hampir setengah jam di jalan yang sepatutnya mengambil masa hanya 5 minit.

Hampir sampai kekawasan majlis..internet pula on n off..kekurangan liputan. data tidak cukup kuat untuk mencari lokasi...yeke?  ke KY yang tersalah tekan lokasi dlm phone yang penuh dengan lokasi majlis2 lepas * tak sempat nak delete. bila dah tersampai kesalah alamat mula gabrah... huhuhu.

Selepas puas bercalling calling dan ada yang menjemput kami membawa kelokasi majlis..sampai juga kami akhirnya..walaupun terlewat hampir 1 jam.
Namun kami disambut mesra olih tuan rumah dan sanak saudara mereka yang telah sedia menanti akan kehadiran kami..
 Alhamdhulillah..dapat juga kami melaksanakan hajat Puan Amirah untuk bacaan berzanzi, marhaban, doa selamat dan berendoi dihari majlis kesyukuran & aqikan buat anaknda beliau Nik Raees Aydan & Puteri Edelyn Tasnim.

Semuga kedua2 anaknda Puan Amira dikurniakan kesihatan yang baik, menjadi insan yang soleh dan solehah.. yang taat kepada kedua ibu bapanya..dan sentiasa dalam rahmat Allah SWT..