Sunday, June 22, 2014

Marhaban di Seri Kembangan

Assalamualaikum..
Sepanjang minggu ni terasa letih sangat dengan pelbagai aktiviti, tapi di hujung minggunya  terasa seronok sangat sebab ada aktiviti marhaban..
Seperti biasa akak dapat undangan marhaban dari pelangan melalui blog akak. kebiasaannya pelanggan akak dari kaum wanita.. tapi sejak akhir2 ini ramai yang bertanya dari kalangan kaum lelaki. kekadang mereka sekadar bertanya saja..jadinya belum tentu..
melalui blog ini juga akak dapat berkenalan dengan En. Azhari dan Puan Azhana yang menghubungi akak untuk menjemput kumpulan marhaban akak meraikan majlis aqiqah dan cukur jambul dan berendoi puteri sulong mereka..


 comelnya baby Nur Zara Alisya, wajahnya redup dan memukau pandangan..memandangnya hati jadi sejuk. bukan akak seorang yang berkata begitu..semua ahli kumpulan memberi komen yang sama..

 



Alhamdhulillah..majlis aqiqah baby Nur Zara Alisya berjalan lancar dan meriah, dihadiri ramai sanak saudara dan mereka seisi keluarga sangat peramah.
ribuan terimakasih kumpulan kami ucapkan kerana sudi menjemput kami. minta maaf juga sekiranya ada salah silap dan kekurangan dari kami..
Semuga baby Nur Zara Alisya sihat dan membesar menjadi wanita yang solehah..Ameen..

Tuesday, June 10, 2014

Marhaban di Taman Sari Ilmu Kajang

Assalaamualaikum..
Bertahun dah blog ini tidak ada entry baru. bukan takde cerita baru..kekadang lupa dak update.
Bila lama2 terperam cerita,  gambar lupa lupa save  kat mana..heheh
sementara tengah fresh ni akak updet aktiviti marhaban kumpulan akak.
kejadian berlaku hari ahad lepas. Setelah beberapa kali berwasap wasap dengan akak, En Mohd Nazrul dan pasangannya Puan Farhana Zainon sudi untuk mengambil kumpulan marhaban akak bagi meraikan majlis aqiqah anaknda beliau baby Alya Irdina Binti Mohd Nazrul. Majlis yang sederhana tapi meriah memamg seronok untuk di hadiri. theme warna lembut yang ceria sesuai sangat dengan majlis untuk baby girl.
Terimakasih En Nazrul sudi menjemput Kumpulan Al Insyirah kemajlis aqiqah anaknda Alya Irdina, semuga anaknda Alya Irdina membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah..Ameen.






 bonda dan anakndanya sangat comel..


 
ahli kumpulan dah semangkin 'veteren'..
sekarang ini agak susah untuk mengumpulkan ahli seramai 10 orang..walaupun ahli semuanya ada 30 orang. masing2 sibuk dengan keluarga dan hal memasing..

 ucapan sepatah dua kata dari tuan rumah

 makan time..


 
 lepak2 sebelum balik..sementara menunggu driver boss datang..