Friday, December 2, 2016

Marhaban di Dengkel

Assalaamualaikum..

Mengimbau kenanagan lalu..
Memenuhi undangan En. Shamil dari Taman Jenderam Harmoni Dengkel. Meraikan anaknda beliau dalam majlis aqikah dan potong jambul pada 27 Ogos lalu..
Pada hari dan tarikh tersebut disebelah pagi kami menghadiri satu majlis. Dari rumah majlis tersebut..kami berkejar ke Dengkel pula. maklum tempat yang tak biasa bagi akak..akak guna waze saja..supaya cepat sampai dan tak sesat barat.. 

Alhamdhulillah..kami sampai di kawasan berdekatan dengan rumah majlis dan singgah di satu masjid untuk solat zohor. Usai solat kami tergesa kesana. Tepat jam 2.30 pm..kami sampai ke rumah En. Shamil dan kelihatannya suasana di luar sunyi saja. kerusi tersusun rapi seolah sudah selesai majlis. Berdebar juga hati ini takut2 terlepas majlis dan takut dikata mungkir janji pula. Bila salam kami di sambut dan kami di sambut dengan penuh mesra..hati rasa lega. Tapi mereka saling berpandangan seolah hairan dengan kedatangan kami..dan  kami lihat seolah tuan rumah belum bersedia untuk menerima kedatangan kami.. dan ada  sanak saudara yang terpinga2..jadi kami pun terpinga sama. Dengan sopan tuan rumah mempersilakan  kami duduk di kerusi kerana tempat acara majlis belum disediakan. Bila kami terdengar ada dikalangan saudaramara yang bersuara bertanyakan.."sebenarnya acara mula jam berapa? lalu di jawab olih tuan rumah.."sepatutnya majlis selepas asar.. lagilah kami terpinga2..hehehe
Akak pun cepat2 buka henpon..tengok jadual marhaban..
"masyaallah!!
rupanya akak yang terlepas pandang..

*faktor usia ler tew*







 ibu ayah anak sama comelnya..sejuk mata memandang..








 restu dari nenek dan saudara mara..


 restu dari ayah juga..

En. Shamil sendiri menyampaikan  cenderahati untuk kami. terasa berada di rumah wakil rakyat pula..

3 comments:

ada apa pertanyaan atau komen..disinilah tempatnya..