Wednesday, December 21, 2016

Marhaban di Kampong Datok Abu Bakar Baginda

Assalaamualaikum..

Jemputan secara spontan pada hari jumaat telah memenuhi jadual marhaban kami pada minggu lalu sabtu 18/12/16
 Puan Maharom dan En Musa mengundang kumpulan kami pada saat akhir. nasib baik juga KY belum membuat perancangan lain kerana kebiasaannya jika tidak ada udangan marhaban KY lebih suka mengajak anak2 datang kerumah lepak santai sambil makan2.

Alhamdhulillah.. majlis aqikah baby Wan Muhamad Mu'adz bin Mohd Fadli dikediaman Puan Mahrom sangat meriah. selepas acara majlis potong jambol diadakan.. bacaan doa selamat pula menyusul yang di pimpin olih imam surau ditaman perumahan tersebut..

didoakan semuga baby Wan Muhamad Mu'adz bin Mohd Fadli dalam keadaan sihat..di murahkan rezeki menjadi anak yang solleh dan dalam perlindungan Allah SWT

baby Mu'adz yang baru berusia 7 hari 








Adalah lebih afdhal jika datuk-datuk atau saudara lelaki terlebih dahulu memulakan acara potong jambul.. 


...di ikuti dengan nenek-nenek dan saudara perempuan pula. kemudian barulah yang lain-lain..

 
 Selesai majlis pihak tuan rumah En Wan Mohd Fadli memberi sedikit ucapan aluan dan rakaman ucapan terimakasih. Tersentoh juga hati ini bila beliau memuji kumpulan kami yang telah diurus dengan baik..
"WELL ORGANIZED " katanya..
walau apapun katanya.. kami tidaklah mahu berbangga diri..kerana segala yang baik itu datangnya dari Allah SWT dan segala kekurangan yang ada datang nya dari diri kita sendiri..
  Terimakasih Puan Maharom dan En Musa..



No comments:

Post a Comment

ada apa pertanyaan atau komen..disinilah tempatnya..