Monday, May 23, 2016

Marhaban di Saujana Putra

Assalaamualaikum..
Jemputan bacaan yassin tahlil bersama-sama kumpulan anak-anak tahfiz adalah sesuatu yang sangat kami hargai dan di kenang..

begitulah kejadiannya pada malam sabtu 14/5/16 bersamaan 7 Syaaban 1437H. Pada tarikh tersebut permintaan untuk meraikan majlis aqiqah dan potong jambul sangat lah ramai. 
Sehingga dengan rasa berat hati terpaksa kami menolak jemputan tersebut.
Akak minta maaf banyak-banyak kerana menghampakan kalian yang telah membayar deposit untuk tempahan. Akak selalu memberi laluan kepada yang membayar deposit terlebih dahulu..walaupun dalam kata di wassap telah confirm dengan tarikh, masa dan harga bayaran..tak kiralah jemputan itu samaada jauh atau dekat. makanya.. sekiranya berminat dengan perkhidmatan kumpulan kami..silalah depositkan bayaran tanda jadi. maka bolehlah kami kunci tarikh tersebut..
  kebetulannya..dalam ramai-ramai yang berhajat..datangnya dari seseorang yang akak kira sangat penting. sebab katanya.." boss meminta untuk berjumpa sendiri dengan akak "..
akak kata "baiklah ..boleh sahaja..jemputlah datang kerumah"



 kami teruja untuk berjumpa seorang pemimpin penting di Negara Kita yang menjadi tetamu pada majlis tersebut. tapi bukan rezeki kami agaknya..maka tidaklah sampai hajat kami untuk berjumpa beliau..









Alhamdhulillah..selesai sudah kami sempurnakan hajat Tuan Norhisham dan isteri untuk meraikan majlis aqikah dan potong jambul anaknda beliau.
Semuga Tuan Norhisham dan rakan-rakan dimurahkan reseki..di permudahkan urusan..dapat berbakti kepada masyarakat dan dalam rahmat dan redha Allah SWT. Terima kasih di atas budi baik, keramahan, kemesraan tuan rumah dan saudara maranya. Allah saja yang membalas budi baik kalian.



4 comments:

ada apa pertanyaan atau komen..disinilah tempatnya..