Wednesday, May 11, 2016

Lakonan Marhaban di Taman Melawati

Assalaamualaikum..
Salam 4 Syaaban 1437H

Semalam  10hb Mei 2016 bersamaan 3 Syaaban 1437H ...selesailah sudah acara marhaban dan potong jambul.. jemputan dari Puan Put @ Putri  untuk satu adegan lakonan
dalam sebuah drama yang akan bersiaran di Astro Oasis akan datang ini. Kalau tak silap akak akan bersiaran pada awal ramadhan nanti..
Drama bertajuk " Imam mudaku romantik " di adaptasi dari sebuah novel karya Azzah Haneefa dan di lakonkan olih pelakon2 yang tengah popular masa kini iaitu siapa tak kenal isteri kepada pelakon popular Shaheizy Sam ? Syatilla Melvin 
Turut sama ialah pelakon yang sentiasa awet muda.. Zarina Zainuddin dan pelakon yang kacak bergaya dari S'pore Hisyam hamid..
Sebenarnya kami sangat teruja bila mendapat jemputan ini...kerana dapat menyaksikan bagaimana sebuah drama itu di hasilkan..
Rasanyalah...alang2 kalau tak boleh nak sabar..tak usahlah nak jadi artis. banyak masa yang harus di korbankan...dengan pertukaran jadual dan lain2..kalau ahkak tak sanggop weyh..tengok jer pun dah penat..
memang layaklah pelakon ni di bayar mahal..

Walaupun berjam menanti..kami setia menunggu sehingga kami di panggil untuk mendengar direktor kata "eksyen!!
 




 peralatan untuk acara potong jambul di dalam set pengambaran..
 



 tengah shooting di pintu masuk..puan seri menyambut kedatangan para tetamu..
 
dari jam 12 kami bersedia untuk pengambaran..sampailah jam 3 petang baru selesai semuanya..
alhamdhulillah..

No comments:

Post a Comment

ada apa pertanyaan atau komen..disinilah tempatnya..