Monday, May 23, 2016

Marhaban di Kota Damansara

Assalaamualaikum..
Syukur alhamdhulillah..pada 22/5/16 bersamaan 15 Syaaban 1437H..telah selamat kami sempurnakan hajat pasangan En.Mohd Jefree dan Puan Ezdianifazlina untuk meraikan majlis aqikah dan potong jambol anaknda kedua beliau iaitu baby Asyraaf Ukail bin Mohd Jefree.
Majlis telah selamat dan sempurna..ringkas dan meriah dengan kehadiran tetamu terdiri dari saudara mara rakan dan jiran-jiran di kediaman pasangan ini di Seksyen 8, Kota Damansara.
Mudahnya berurusan dengan Puan Lin. Ribuan terima kasih ye Puan Lin kerana sudi mengundang kami..semuga puan sekeluarga sentiasa sihat, di murahkan rezeki..di kurniakan anak-anak yang sihat dan cerdik..sentiasa dalam rahmat dan redha Allah SWT..amiin..


cenderahati dari puan Lin
 


pasangan yang sama cantik sepadan..sangat mesra dan peramah..
 

selepas kami semua  memotong rambut si baby..si ayah pun turut sama memotong rambut baby..
 
selesai majlis..ucapan sepatah dua kata dari tuan rumah. Antara ucapannya.."sekiranya kami ada rezeki lagi..kami akan memanggil kumpulan makcik lagi ye ".. amin..amin..amiin..ya Rob..
 
acara wajib.. suka berposing mak cik ni selepas majlis..hihih


No comments:

Post a Comment

ada apa pertanyaan atau komen..disinilah tempatnya..