Monday, May 2, 2016

Marhaban di Bandar Puncak Utama Kajang

Assalaamualaikum..

Catatan kenangan pada 3 April 2016 bersamaan 25 Jamadil Akhir 1473H. Jam 2.30 petang..telah selamat kami tunaikan undangan daripada Puan Syareena Yem.
Mesti ada yang tertanya..bagaimana untuk sampai awal dari Shah Alam ke Kajang..di mana kami harus memulakan majlis seperti yang di minta olih pihak tuan rumah? sedangkan perjalanan dari Shah Alam ke Kajang pun sudah mengambil masa selama 1 jam. Tidak mungkin kami bergerak dari rumah selepas solat zohor. Jadi kami bergerak awal mencari lokasi masjid atau surau yang berdekatan dengan rumah di mana majlis akan diadakan. Dengan niat kerana Allah..dapatlah kami berjemaah di masjid atau surau sebelum kami menyempurnakan majlis..
 Alhamdhulillah..acara marhaban dan berendoi berjalan lancar seperti yang di rancang. Ribuan terimakasih buat Puan Syareena sekeluarga kerana sudi mengundang kami..kami doakan semuga Puan di murahkan rezeki yang berkat.. dilimpahi rahmat dan kasih sayang dari Allah SWT...Aamiin



 








tumpuan kami kepada gadis kecil molek ini..sentiasa ceria dan tersenyum. sangat comel dan pandai bergaya. perawakan dan gayanya persis model gitu..




 


Inilah pakaian seragam baru kami. cantik tak?
Alhamdhulillah..bersyukur kerana ada Hamba Allah yang sudi menyumbang pakaian baru untuk kumpulan. semuga di limpahi rahmat Allah dan di luaskan rezekinya..aamiin..


No comments:

Post a Comment

ada apa pertanyaan atau komen..disinilah tempatnya..