Thursday, February 23, 2017

Marhaban di TTDI Grove Kajang

Bismillaahirrohmaanirrohiim
 Assalamualaikum..

Alhamdhulillah..di pagi yang tenang dan damai kumpulan Marhaban Izzatul Hasanah dapat juga menjejaki kediaman Puan Nurul Idayu di Taman TTDI Grove Kajang. Kami datang awal sedikit dan kehadiran kami di sambut mesra olih seisi rumah. kehadiran kami di atas jemputan meraikan majlis aqiqah buat anaknda kepada puan Nurul Idayu dan En Shaiful Dharma iaitu baby Shaiful Danish. 
Seperti yang di janjikan..tepat waktu nya kami mulakan majlis dengan bacaan doa, nasyid, berzanzi dan marhaban..di ikuti dengan acara potong jambul dan doa selamat. Akhir sekali  nasyid berendoi..acara naik buaian kata orang dulu2. Dalam alunan lagu berendoi atau naik buaian itu banyak kata-kata nasihat yang di titipkan buat anak..juga kepada kedua ibu bapa..kerana mereka juga adalah seorang anak kepada kedua ibu bapa mereka. Semuga kata-kata nasihat dari bait2 senikata lagu tersebut menjadi pedoman sepanjang menjalani kehidupan seharian mereka.
 Seluroh ahli kumpulan mendoakan semuga puan Nurul dan suami sentiasa dalam rahmat Allah dan di murahkan rezeki dan baby Shaiful Danish menjadi seorang insan yang soleh dan dapat berbakti kepada kedua ibu bapanya..agama dan bangsanya..aamiin








pelbagai menu hidangan yang enak dan lazat mengamit selera untuk mencuba kesemuanya..


 Sementara menanti makanan dihidang..sempat kami berposing. 


Kami tidak sempat bergambar kenangan bersama tuan rumah..kerana selesai saja acara kami..kumpulan tahfiz sudah sampai untuk meneruskan acara seterusnya iaitu bacaan tahlil dan doa selamat. Tidak manis pula rasanya jika membiarkan kumpulan tahfiz menanti kami untuk sesi berpotografi..

 



 Selesai majlis.. kami bersurai. Di sinilah..dihalaman Masjid Negeri Selangor.. lokasi pertemuan dan perpisahan kami setiap kali ada jemputan marhaban. Setiap jemputan pasti meninggalkan kenangan manis yang tersendiri buat kami kenang bersama..
Seronoknya dapat outing bersama!



No comments:

Post a Comment

ada apa pertanyaan atau komen..disinilah tempatnya..