Tuesday, February 21, 2017

Marhaban di Kampung Baru

Bismillahirrohmaanirrohiim
 Assalamualaikum..

Walaupun akak dah  berhijrah ke Selangor dah lebih 40 tahun ..tapi belum sekali pun akak menjejakkan kaki ke masjid Kampung Baru yang dikatakan masjid terkaya di Selangor  itu. Bila dapat undangan kesana untuk marhaban pada majlis aqiqah pada 29/1/17 lepas..akak memang rasa teruja sangat nak kesana. Dapat juga akak meninjau bagaimana suasana masjid kampung baru yang terkenal itu. Kalau saja2 nak pergi kesana memang takdenya. Masjid yang dekat dengan rumah pun belum tentu dapat pergi hari2..

Masjid ini terkenal dengan keenakkan masakkan bubur lambuknya pada setiap kali bulan ramadhan. orang ramai sanggup berbaris panjang untuk mendapatkan bubur lambuk yang di berikan secara percuma. sehingga kehari ini akak belum pernah merasa keenakan bubur lambuk tersebut. akak cuma mendengar dari perbualan dan cakap2 dari kenalan.
harap suatu hari nanti.. dapat juga akak merasanya..insyaallah..

Suasana masjid sangat bersih dan di jaga rapi. Kakaitangan masjid pun peramah dan mesra dan sedia membantu bila di minta tunjukan arah.

Majlis di adakan didalam dewan masjid. Luas juga dewannya..bolehlah memuatkan  dalam 500 orang pada satu masa. Sàngat selesa..




Majlis di mulakan dengan bacaan tahlil dan doa selamat olih imam masjid sendiri di ikuti  bacaan berzanzi , marhaban dan potong jambul..
selesai acara dari kumpulan masjid..barulah kami memulakan acara kami pula..
Majlis yang teratur ringkas dan padat..
Terima kasih Nazra kerana sudi mengundang kami. Terima kasih daun keladi..nanti undang kami lagi 😉

3 comments:

  1. Laris ye kumpulan KY ni. Nampaknya kalah retis ni hihi...
    Besar besaran jugak tuan rumah tu buat majlis akikah ye KY. Silih berganti kumpulan yg meraikannya.

    ReplyDelete
  2. Alhamdhulillah..ada jer permintaan utk kumpulan akk.
    Walau ada bnyk kumpulan lain diluarsana.
    Majlis besaran juga Anom..buat di dewan lah katakan.. 😊

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

ada apa pertanyaan atau komen..disinilah tempatnya..