Tuesday, February 28, 2017

Marhaban di Bandar Saujana Utama

Bismillahirrohmanirrohiim
Assalamualaikum..
  
Alhamdhulillah..dengan izin Allah dapat kami sempurnakan undangan ke majlis aqiqah dari Puan Aifa Shahesra Rahayu dan Puan Mastika  Mahadar. Majlis  aqiaqh buat anaknda Muhammad Ariq Harraz dan anaknda Danish Danial di langsungkan bersama pada 25/2/17 jam 11 pagi. 
Alhamdhulillah..seperti kebiasaanya Kumpulan Marhaban Izzatul Hasanah datang pada waktu yang dijanjikan. Jarak dari lokasi tempat kami berkumpul ke lokasi majlis lebih kurang 35km. masa perjalanan pulak lebih kurang 40 minit sahaja. Mudah kan dengan teknologi terkini hanya di hujung jari..takyah susah2 mencari peta. waze kan ada! hihi.


sampai sahaja kami di perkarangan khemah kami terpegun dengan setting buffet yang ohsem. nama baby yang diraikan terukir indah di atas sebiji buah tembikai..

 
pelamin putih yang cantik berseri. simple dan menarik.. suka sangat buaian rotan tu. 


Ole ole dari tuan rumah..surah yasiin, buku doa dan shawl berserta brooch. shawl yang sama warnanya.. boleh kami jadikan uniform kumpulan kami.
kena beli lagi sehelai untuk seorang lagi ahli kumpulan yg tidak hadir.

 

dalam majlis yang penoh harmoni..
seronok melihat secerian wajah ibu2 muda ini..





melihatkan mereka sentiasa tersenyum..kami pun turut tersenyum. pandangan kami terpukau pada keharmonian keluarga ini..


mereka di raikan olih ustazah Ruqayah yg di beri penghormatan memotong rambut baby..




neneknda mereka diberi penghormatan orang yang pertama memotong rambut cucu2nya..

tarikan utama menu..nangka madu..


sebahagian dari hidangan yang sangat mengugat selera..

ini sahajalah yang mampu akk nikmati..

siap ada berkat lagi..
alhamdhulillah..semuga seisi rumah di murahkan rezekinya dan di panjangkan usia..aamiin..

No comments:

Post a Comment

ada apa pertanyaan atau komen..disinilah tempatnya..