Monday, February 1, 2016

Marhaban di Shah Alam

Assalamualaikum..
Apa khabar semua pengunjung blog marhaban Al-Insyirah. Tentunya baik-baik sahaja kan..
Terimakasih kepada pelanggan Al-Insyirah kerana sudi berkunjung lagi kesini. 
Kepada pengunjung baru tentunya secara kebetulan terterjah kesini kerana ingin mencari kumpulan marhaban untuk majlis aqiqah dan cukur jambul anak-anak kan? :))
 Seperti biasa ada kesempatan akak akan update serba sedikit cerita majlis-majis yang kumpulan akak di jemput.
 30/1/16  Jam 9.30 pagi di rumah Puan lily di Shah Alam. Puan Lily juga merupakan ahli kumpulan kami. Pada mulanya Puan Lily inginkan majlis di adakan sedikit lewat pada sebelah pagi, olih kerana kami pun mendapat undangan pada tarikh yang sama di tempat lain, Puan lily beralah dan mempercepatkan majlis ke waktu lain untuk memberi laluan kepada kami yang terdiri dari 10 orang ahli untuk memenuhi undangan di tempat lain.
Terimakasih ya puan lily..kerana sudi memberi kerjasama :)



Akak belanja gambar majlis di rumah puan lily. Mesti ada yang kata.. ramainya ahli yang datang ke majlis di rumah puan lily? Sebenarnya kami mempunyai seramai 30 orang ahli. Undangan di tempat sendiri.. bolehlah kami datang beramai-ramai. Jika undangan datangnya dari luar kami terpaksa pilih orang yang boleh pergi sahaja.. kerana kenderaan sangatlah terhad.Jika nak di bawa semuanya..kenalah bawa kenderaan tambahan. bila bawa kenderaan tambahan..kenalah ada charge tambahan. bolehke gitu?
Apapun marilah kita doakan yang terbaik untuk Puan Lily sekeluarga bersama anak-anak dan cucunya..semuga di luaskan rezekinya..anak-anak dan cucu-cucu menjadi insan yang soleh dan solehah dan di permudahkan sehalanya..amiin

No comments:

Post a Comment

ada apa pertanyaan atau komen..disinilah tempatnya..