Wednesday, February 3, 2016

Marhaban di Royale Chulan

Assalaamualaikum..
Akak mendapat pangilan mengatakan mereka memerlukan kumpulan marhaban untuk majlis aqiqah yang akan di adakan di Hotel Royal Chulan Kuala Lumpur. Tidak sampai setengah jam berwasap-wasap..kata persetujuan terus termeteri.
Bagusnya PA Dato' Mohd Aizuddin dan Datin Jannatul Iza sangat mesra, berbudi bahasa dan berhemah tinggi. Begitu juga Dato' dan Datin,  sangat  mengambil berat dan perihatin. Benarlah kata orang tua-tua..orang yang baik-baik akan dikelilingi orang yang baik-baik juga.
Terimakasih En Shah PA kepada Dato' dan Datin kerana sudi berurusan dengan kumpulan Al-Insyirah. Semoga ada waktunya kumpulan Alinsyirah akan di undang lagi ;)














Salah seorang tetamu kehormat Dato' ialah seorang yang datangnya dari Mekah, salah seorang penjaga pintu Kaabah Tuan Sheikh Jamil, yang pada masa itu sedang bercuti ke Malaysia.





No comments:

Post a Comment

ada apa pertanyaan atau komen..disinilah tempatnya..