Monday, February 1, 2016

Marhaban di Denai Alam

Assalamualaikum..
Tarikh 30/1/16.. jam 11.30 pagi.. masa yang akak janjikan kepada Puan Fatin Nor Diana dari Denai Alam.
Sebelumnya kami ada majlis pada jam 9.30 pagi, jadi selesai sahaja majlis.. kami terburu-buru datang..bimbang jika kami terlambat sampai. rasanya tidak seronok pula nanti jika dilihat sebagai kumpulan yang  tidak menepati janji..
 Alhamdhulillah..sempat juga kami sampai ke rumah Puan Diana agak tepat juga pada waktunya. Maklum.. jam yang kami pakai pun tak sama tepat waktunya kan..hehe
 Mesti ada yang bertanya..kenapa nak sibuk-sibukkan diri setiap minggu memenuhi undangan kemajlis keraian aqiqah dan potong jambul? 
Jawapannya..mungkin yang bertanya itu dah memang sibuk dengan aktiviti sosial lain, aktiviti kekeluargaan, kemasyarakatan, persatuan dll. jadual mereka penuh dengan aktiviti.
 Bagi kami surirumah merangkap nenek-nenek yang tidak bekerja ni..inilah peluang kami untuk bersosial dan keluar rumah pada hujung minggu, lupakan sementara dunia menjaga cucu-cucu.. melebarkan sayap, merehatkan minda dan melihat dunia luar dari duduk dalam kepompong dunia sendiri. Sambil-sambil itu dapat juga pahala.. berkat kami berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Jika tiada aktiviti sebegini..duduklah kami menghadap TV..silap waktu TV yang menghadap kami....hihi





Akak belanja gambar sekitar majlis aqiqah anaknda kepada Puan Fatin Nor Diana bersama suami En Muhamad Jasri Abdul Jamel iaitu baby Jasnita Aishah Muhamad Jasri. kami mendoakan agar baby Jasnita membesar sebagai insan yang solehah..yang patuh akan perintah Allah dan Rasulnya..taat kepada kedua  ibu bapanya..di luaskan rezekinya dan sihat tubuh badannya..aamin


No comments:

Post a Comment

ada apa pertanyaan atau komen..disinilah tempatnya..