Wednesday, November 18, 2015

Marhaban di Aroma HIjjrah TTDI Jaya

Assalaamualaikum.. 
 Subhanallah..Alhamdhulillah..banyaknya undangan yang kami terima semenjak awal tahun ..kini dan seterusnya..insya Allah....
Sampai tidak kecukupan masa untuk mengemaskini blog ini. Akak suka untuk mengabadikan setiap majlis di blog ini buat kenangan bersama pelanggan kami.
Akak tak berapa ingat dengan tepat majlis ini. Tapi bila lihat semula dalam gambar majlis ini bertarikh 30/5/15. Majlis aqikah dan kesyukuran ini diadakan di rumah  disebuah  restoran di TTDI Jaya. Jemputan datangnya dari Puan Nadia dan keluarga untuk meraikan  anaknda/cucunda berdua iaitu Baby Nor Dania Iman dan baby Ilyas Hakimi yang berkongsi majlis aqikah dan kesyukuran..marhaban dan berendoi.

Semuga kedua baby membesar menjadi insan yang soleh dan solehah yang berbakti kepada kedua ibubapanya juga kepada agama dan bangsanya..aamiin.
 

Sebenarnya baby ada dua orang. semasa gambar diambil..baby Ilyas Hakimi  belum sampai lagi.. maka sempat ambil gambar baby Nor Dania Iman sahaja..


Buah tangan daripada tuan rumah.yang berbalut seperti hadiah tu sehelai kain batik.terimakasih..

  mereka adik beradik. anak2 mereka hampir sebaya usianya. bestkan buat majlis begini sekali harung. tetamu pun ramai..maklumlah tetamu yang datang dari dua buah keluarga..

sseronok melihat pasangan bahagia ini..
Semuga pasangan ini di kurniakan kebahagian bersama sebagai muslimin dan muslimah sejati hingga ke jannah..Aamiin..


No comments:

Post a Comment

ada apa pertanyaan atau komen..disinilah tempatnya..