Wednesday, November 18, 2015

Marhaban di Putra Height Subang Jaya

Assalaamualaikum..
Majlis ini bertarikh 26/4/15. Sudah lebih 6 bulan berlalu. Majlis Aqikah, berzanzi, marhaban serta berendoi untuk baby Amnie Izzryn diraikan di rumah pasangan Puan Haslinie dan En. Bikhairin Ihdzar di Putra Heights Subang Jaya. Tentunya masa ini baby Amnie Izzrynn bertambah comel, sudah membesar dan sihat walafiat. Semuga baby Amnie Izzrynn apabila besar kelak akan menjadi insan yang solehah..yang berbakti dan berjasa kepada agama serta kedua ibu bapanya...patuh akan perintah Allah swt dan Rasolnya dan meninggalkan segala laranganNya..Aamiin

akak suka sangat pelamin ini..warna putih ni memang menjadi feveret colour akak. tenang dan damai ajer kan..

dipadankan pulak dengan warna kuning..memang nampak berseri. tapi sayangnya.. tidak berkesempatan untuk bergambar beramai-ramai..kerana uniform kami pun warna kuning..huhu


Puan Harlinie agak pemalu orangnya..jadi kami tidak banyak berbual/bersembang. lagi pun kami dalam keadaan tergesa-gesa kerana masing-masing perlu menghadiri majlis kenduri kawen di tempat lain. Mohon maaf ye Lyn jika ada kekurangan dari pihak kami..





 walaupun sedang di gunting rambutnya..di sentoh..di cium baby Amnie Izzrynn tetap tidur nyenyak..

No comments:

Post a Comment

ada apa pertanyaan atau komen..disinilah tempatnya..