Tuesday, November 17, 2015

Marhaban di Cahaya SPK


Bismillahirrohmanirrohim..
Assalaamualaikum.. 
Mengabadikan kenangan di majlis aqiqah baby Raihah anaknda kepada Puan Siti Sarah dan pasangannya En. Rohaizat pada 17/10/15 lalu. Majlis berlangsung di kediaman beliau di Chahaya SPK Seksyen U9. Kami datang awal sedikit daripada masa yang kami janjikan kerana selepas selesai acara majlis di rumah beliau kami perlu memenuhi undangan di tempat lain. Ribuan terimakasih kami ucapkan kepada Puan Sarah yang sudi menjemput kami ke majlis aqiqah anaknda beliau. Majlis yang sederhana dan ringkas dan tiada acara potong jambul. Sangat santai dan tenang.
Kami doakan semuga baby Raihah menjadi anak yang solehah yang berbakti kepada kedua ibu bapanya dan dalam keredhaan Allah..AAmiin.

  
 Kedatangan kami di sambut dengan mesra..dan hidangan sarapan pagi telah pun tersedia.
Ibu kepada tuan rumah pun sangat peramah..membuatkan kami tak rasa malu atau kekok.
 Jarang sangat kami bersarapan sebelum memulakan majlis..kerana bimbang juga jika suara tidak boleh keluar.. termengah kerana kekenyangan. Alhamdhulillah..semuanya berjalan lancar seperti yang di rancang....


sukanya dengan suasana persekitaran rumah Puan Sarah..macam resort dah..sejuk dan tenang.. 
bila ada kesempatan..tak lepas peluang untuk berinterprem....hehehe





No comments:

Post a Comment

ada apa pertanyaan atau komen..disinilah tempatnya..