Wednesday, September 2, 2015

Marhaban di Seksyen 7 Shah Alam

Assalaamualaikum..

Subhanallah..Alhamdhulillah..banyaknya undangan yang kami terima dalam bulan Syawal selepasnya..kini dan seterusnya..insya Allah....
September ini sudah ada 5 undangan kemajlis cukur jambul yang di terima. Ada lagi beberapa jemputan yang terpaksa kami tolak kerana jadual yang bertindih dan tidak cukup ahli untuk membolehkan kami menerima undangan di sebabkan ramai ahli kumpulan mempunyai program mereka sendiri..

Update jemputan majlis pada 30/8/15 di rumah Puan Shamsiah dan pasangannya En. Muhammad Wazir di Seksyen 7 Shah Alam. Majlis aqiqah dan potong jambul untuk anaknda Muhammad Rayyan..



pelamin comel simple dan menarik dengan warna2 yang meriah..


   Muhammad Rayyan yang tak lekang dengan nyut nyutnya..:))
comel jer dia..




selepas bernasyid, berzanzi.. marhaban..sampai acara potong jambul * sebenarnya acara ni untuk suka2 saja.. tidak ada dalam hukum pun mengatakan kena buat *
macam tahu2 jer Rayyan.. dengan sendirinya menghulurkan kepala.. bila nenek2 nak mengunting rambutnya..




acara berendoi..
biasanya baby duduk dalam buaian..tapi Rayyan lebih selesa dalam pangkuan bapanya.
semuga bila besar nanti Rayyan boleh menghayati bait2 senikata lagu berendoi ini..
~ pabila engkau telah dewasa..
~ jadilah anak yang berjasa.. 
~ berbaktilah pada ibu bapa..
~ juga kepada nusa dan bangsa
~ itulah harapan ibu bapa..
~  harapan mereka jangan di kecewa..
 

seronok melihat kebahagian pasangan ini..semuga mereka berbahagia bersama anak-anak dan menjadi ibu bapa yang dapat mendidik anak-anak menjadi insan yang soleh dan solehah hingga ke jannah. Semuga Allah memelihara.. merahmati dan memurahkan rezeki mereka sekeluarga..amin..

No comments:

Post a Comment

ada apa pertanyaan atau komen..disinilah tempatnya..