Wednesday, September 2, 2015

Marhaban di Denai Alam

Assalaamualaikum..
 Sebenarnya kami banyak menerima jemputan dari kawasan perumahan Denai Alam. tapi belum berkesempatan nak updete. inilah majlis pertama akak updet yang telah bersiaran dari kawasan perumahan Denai Alam pada 29/8/15..hihih
Majlis cukur jambul..tapi tak potong jambul pun. Menurut kata Puan Shyeliena..baby Edeleia telah pernah bercukur rambut semasa baru lahir..so majlis ni ada lah majlis kesyukuran untuk meraikan baby Edeleia..
seperti di rancang majlis berjalan lancar dan meriah. bukan saja kumpulan kami yang di undang untuk meraikan majlis kesyukuran ini, En. Fareed juga menjemput anak2 tahfiz untuk membacakan yassin dan doa selamat dalam majlis tersebut.
semuga keluarga ini mendapat keberkatan dan keredhaan  Allah swt didunia dan juga diakhirat dan jadikanlah anak2 mereka anak2 yang soleh dan solehah..Amin



pasangan sehati sejiwa Puan Shyeliena dan En Fareed..



keletah comel baby Edeleia..dalam majlis yang santai..


selepas mendengar dendangan lagu " Dendang Siti Fatimah "..terus baby Edeleia tertidur..

teringat2 kuih serimuka yang sangat sedap..
rasanya seperti kuih orang dulu2. sebab apa akak kata gitu?
Sebab setelah sekian lama..baru hari tu akak dapat makan kuih serimuka yang rasanya rasa asli kuih serimuka..
tengok jer dah tahu yang bahulu kemboja tu sedapkan..memang sedap..

hidangan lain yang tidak kurang sedapnya..
jemput makan!

No comments:

Post a Comment

ada apa pertanyaan atau komen..disinilah tempatnya..