Tuesday, August 25, 2015

Marhaban di Kelana Jaya

Assaalamualaikum..
Banyak acara majlis cukur rambut belum berupdate. ingatkan nak ikut giliran mengupdet mengikut kelapangan masa akak..tapi nampaknya asyik tertangguh aje. dahlah laptop ni lembab..mencari gambar pulak satu hal..bertepek2 dalam satu file. nak mencarinya memakan masa juga..ada yang sampai terlupa tarikh dan tempatnya. beria akak nak updet bukannya sebab apa..sebab nak buat kenangan dan tatapan peribadi yang setiap minggu ada saja aktiviti marhaban kumpulan akak dan manalah tahu kan.. mungkin pelanggan akak pun ingin melihat kenangan manis majlis mereka di abadikan dalam blog akak nie..pelan2 akak updet ye...
Sebelum majlis di Roof Garden pada sebelah petang tu..pada sebelah paginya kumpulan kami menerima jemputan dari Puan Shaza Rina dari Kelana Jaya. Majlis aqikah untuk meraikan dua orang baby iaitu baby Ammar Asyraf Bin Furhan anaknda kepada pasangan Puan Shaza Rina dan  En Furhan Jahari dan baby Wan Mariam Xaira Binti Wan Mohd Firdaus anaknda kepada pasangan Puan Suhaida dan En Wan Mohd Firdaus. Alhamdhulillah..majlis berjalan dengan lancar dan sempurna seperti yang di jadualkan. majlis di mulakan dengan bacaan tahlil arwah dan doa selamat yang dipimpin olih ahli keluarga tuan rumah. 

 Sepanjang majlis berlangsung kedua2 baby ni nyenyak tidurnya.. terutama semasa acara berendoi dengan dendangan lagu "dendang siti fatimah" yang mendayu2 itu..

 semuga anaknda mereka berdua menjadi insan insan yang soleh dan solehah..berbakti kepada kedua ibu bapanya..taat kepada perintah Allah dan Rasulnya dan meninggalkan segala laranganNya..

sedikit pesanan dalam bait2 lagu "dendang siti fatimah"..
~ jangan di bantah suruhan ibu..
~ dengarlah kata2 ibu..
~ hormatilah ibu bapamu..
~ demi kesejahteraanmu..
~ ingatlah..wahai anakku..
~ syurga di bawah telapak kaki ibu.. 

Merakam kenangan bersama ibunda cikgu Faridah Md. Ghazali 

ole-ole..shopping beg buatan rakan cikgu Faridah sebagai cenderahati untuk kami. terimakasih banyak Shaza..di atas layanan baik dari semua ahli keluarga Shaza.
sehingga berjumpa lagi..
banyak lagi nak updet nih..
  

No comments:

Post a Comment

ada apa pertanyaan atau komen..disinilah tempatnya..