Sunday, August 23, 2015

Marhaban di Roof Garden

Assalaamualaikum warahmatullahhiwabarokatuh..

Alhamdhulillah..kumpulan Al-Insyirah telah selamat memenuhi semua  undangan majlis aqiqah, marhaban serta berzanji, berendoi dan bertahnik ..bersamaan majlis rumah terbuka sempena Aidilfitri dibulan  Syawal lalu..
setiap kali.. *boleh di katakan setiap hari *, ada saja whatsaap, call dan sms bertanyakan tentang kumpulan marhaban kami dan ingin menjemput kami untuk meraikan sesuatu majlis.
Adakalanya kami tidak dapat memenuhi undangan mereka di sebabkan banyak faktor tertentu..
antaranya..
  •  jadual bertindih
  • ahli kumpulan tidak bersungguh memberi perhatian
  • tuan tanah keluar kawasan..hihihi. rasanya tak puas hati akak bila menerima undangan..tapi akak tidak dapat hadir sama..:(
  •  lokasi undangan terlalu jauh. Perak, Melaka, Johor..pergh! jauh sangat tu..
  •  tiada persetujuan tentang harga tawaran..*ek checheche..macam jual beli barang nak niaga ajer! sebenarnya..harga yang kami tawarkan sudah cukup memadai. kami mengambil kira samada lokasi jauh ataupun dekat. kami hanya mengambil sebahagiannya untuk duit tabung kumpulan kami dan selebihnya untuk membayar sewa kenderaan dan membayar gaji pemandu. Bukan tidak boleh memandu kereta sendiri..tapi kami memikirkan sekiranya datang bersama dalam satu kenderaan adalah lebih baik, tiada masaalah kelewatan disebabkan kesesakan lalu lintas atau tidak mahir mencari lokasi dimana majlis diadakan dan kami boleh datang tepat pada waktunya..insyaAllah. dengan itu tidaklah kami menganggu jadual majlis tuan rumah di sebabkan kelewatan kami nanti. setakat ini..alhamdhulillah..semua majlis berjalan tepat pada waktu yang kami janjikan..
  • adakalanya bila kami tidak dapat memenuhi undangan di sebabkan jadual bertindih..akak mencadangkan kumpulan lain yang akak aturkan sendiri pengangkutannya dengan persetujuan tuan rumah.
*************
  Update majlis potong jambul anaknda ketiga Puan Nurul Huda dan En.Szazuan Izaham di Roof Garden Bukit Jelutong pada 22/8/15 jam 6pm. Majlis yang sederhana dalam suasana yang tenang dan meriah dengan kehadiran sanak saudara.  Amat mudah berurusan dengan Puan Nurul Huda..Alhamdhulillah..
Terimakasih banyak ye Huda..semuga keluarga Huda di limpahi rahmat dan di permudahkan segala urusan..mendapat anak-anak yang soleh dan solehah..di murahkan rezeki dan mendapat keredhaan Allah SWT. Amin.
majlis bertambah meriah dengan hiasan pelamin indah berseri..
 limpahan kasih sayang seorang ibu yang di abadikan dalam majlis ini buat kenangan bersama anaknda puteri Kaisah Maryam Bt Szazuan Izaham..
 kasih sayang seorang ayah yang tiada gantinya..meraikan kehadiran anaknda puteri yang dikasihi..
 Sempat merakam secara spontan  putera sulong pasangan ini..yang tertib dan sopan
 bergambar kenangan bersama kedua2 ibu pasangan ini..

 alhamdhulillah..makan malam kami dengan hidangan yang enak dan lazat. Sejujurnya akak cakap, nasi beryani ke nasi apa..akak tak pasti, adalah yang paling sedap akak pernah makan. harus kena tanya Huda caterer tu dimana..
 ole-ole dari Huda

akak ambil gambar ni sebab tengok langsir dia cantik, tapi di sebabkan cahaya gambar tu jadi tak jelas..ke akak yg tak pandai ambil gambar. takpe, sekurangnya akk boleh ingat jenis kain dan gaya mana nak menjahitnya..:)
 jumpalagi..jangan boring baca celotih akak ye..sehingga berjumpa di lain n3..salam sayang..sayang semua..

No comments:

Post a Comment

ada apa pertanyaan atau komen..disinilah tempatnya..