Tuesday, November 4, 2014

Marhaban di Taman Sri Aman Pucong

As salaam..
Salam dan selamat sejahtera buat pengunjung semua..
entry marhaban tertanggoh banyak sangat. hampir terlupa sebahagian aktiviti yang lepas. akak updet mana yang masih akak ingat. mana yang tak di updet di blog ni..minta maaf lah bebanyak ye..
majlis yang ini memang akak ingat sesangat. tarikh 5/10/14.. Majlis Aqiqah anak keempat pasangan Puan Suraya Muhammad dan En. Zalizan Muhamad Nor dari Puchong berlangsung selepas zohor pada hari raya qurban. Hajat Pn. Suraya agar kami menjemput semua ahli kumpulan turut serta, tapi memandangkan hari kejadian adalah pada hari raya haji..maka ramai yang tidak dapat turut serta. yang hadir pun hanya 9 orang saja..
Baby Nur Elsa Arissa  sangat  bertuah..kerana di kelilingi abang dan kakak yang sangat sayang padanya .Sanak saudara dan jiran tetangga yang sangat peramah dan mesra. kami dilayan seperti kami berada di tempat/kampung sendiri. lama juga kami bersantai sambil menikmati hidangan yang sangat enak dan lazat..terutama laksa yang sangat sedap tu..teringat-ingat sampai laar nie..hihi
 terimakasih Sue jemput kumpulan akak, lain kali kalau ada baby lagi jangan lupa jemput kumpulan akak lagi ye..;)


 mesranya tiga beranak nie di tepi pelamin..

hidangan tradisional..pulut kuning bersama rendang. Sue siap tapaukan untuk kami..

marhaban dan potong rambut..



ala la..comelnya anak sulong Sue nie..boleh di harap untuk menjaga adiknya. Zaman nie tak ramai anak-anak perempuan yang boleh diharap menjaga adik-adiknya. yang lebihnya leka bermain game di ipad.
contoh anak perempuan yang bakal jadi wanita solehah..InsyaAllah..Amin.
door gift dari tuan rumah..


sekian..jumpa lagi di lain entry.. :)
 

2 comments:

  1. Salam.. Puan, mcmana nak contact kalau nak mintak grup marhaban puan dtg untuk majlis aqiqah ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm..sori lmbt reply. contact no ada di sebelah kanan. kakrose 0196073737.

      Delete

ada apa pertanyaan atau komen..disinilah tempatnya..