Tuesday, November 4, 2014

Marhaban di Roof Garden Bukit Jelutong

As salaam..
Salam dan selamat sejahtera buat pengunjung semua..
Penutup tahun ini kumpulan marhaban AlInsyirah mendapat banyak undangan kemajlis aqiqah dan berendoi. Boleh dikatakan setiap minggu sepanjang bulan Oktober dan November ini penuh dengan majlis undangan. Memang penat dan meletihkan, tapi kerana minat..sebolehnya kami penuhi juga setiap undangan. kekadang terpaksa juga menolak jemputan kerana ada sebab yang tidak boleh di elak.
Awal November memenuhi undangan Puan Fiorisa Yaafar dan pasangan En. Muhammad Idlan Bunandar..
Majlis aqiqah baby Nur Raida Muhassanah diadakan di Roof Garden Bukit Jelutong. majlis ini sebenarnya diadakan selepas majlis akad nikah adik perempuan Pn.Fiorisa. tentulah majlis bertambah meriah dengan kehadiran saudara mara dan tetamu mereka bagi meraikan kehadiran cucu sulong dan menantu baru mereka..

Pn Fiorisa bersama baby Nur Raida Muhassanah
tak dapat nak ambil gambar banyak.ini pun gambar curi-curi..hihi 

 ..bersama pasangan pengantin baru..

 ..bersama kedua-dua ibu mereka..

 ..ustazah berucap..tuan tanah berposing depan pelamin..hehe

sebelum majlis merhaban dan berendoi, mereka mulakan majlis akad nikah dulu. beginilah kebizian mereka selepas majlis tersebut..acara bergambar beramai-ramai sudah jadi kemestian..
jadi majlis kami sudah terlewat sedikit..

No comments:

Post a Comment

ada apa pertanyaan atau komen..disinilah tempatnya..