Monday, November 17, 2014

Marhaban di Desa Alam

Assalaamualaikum warahmatullahhiwabarokatuh..
Pertama kali kumpulan kami di jemput meraikan majlis aqikah dan marhaban di taman perumahan sendiri. Jiran terdekat KY Puan Atikah Salwa bersama pasangan Muhamad Rani yang sudi menjemput kumpulan kami untuk meraikan majlis aqikah anaknda ketiga beliau, baby Ahmad Ismail.
Majlis berlangsung begitu meriah dengan kehadiran lebih 200 orang tetamu. sanak saudara..jiran tetangga hadir meraikannya bersama. semua hidangan makanan yang sangat enak dan lazat..terutama kari kambing. mentang-mentang lah KY sukakan daging kambing, semua masakan daging kambing KY kata sedap. bukan macam tu..serius nie..memang kari kambing nya sangat sedap. laksa Johor dan kuih muih juga semuanya sedap. yang special lagi pengat pisang helang, tersangatlah sedapnya. jemputan yang makan pengat pisang tu semuanya kata sedap. wahh..nak kena minta resepi pengat pisang dari Atikah nie.. 
apapun..semuga majlis aqikah baby Ahmad Ismail mendapat keberkatan dan dimurahkan rezekinya serta  mendapat keredhaan dari Allah swt.




 sekumpulan anak-anak yatim menjamu selera selepas membaca yassin..


okey..jumpa di lain entry..

No comments:

Post a Comment

ada apa pertanyaan atau komen..disinilah tempatnya..