Wednesday, September 3, 2014

Marhaban di Taman Melor Kelang

As salaam..
Subhanallah..banyaknya undangan dalam bulan Syawal ini..
minggu ini ada dua lagi majlis yang wajib  dihadiri  kerana deposit bayaran telah di terima. sepatutnya hari sabtu 30/8/14 ada satu majlis yang harus di hadiri...tetapi last minit tuan rumah kata tak jadi pulak. alhamdhulillah..bolehlah kami bercuti buat aktiviti sendiri..

jemputan majlis pada 31/8/14 sebelah pagi   di Taman Melor Kelang.
meraikan sepasang  baby lelaki dan perempuan..tapi bukan kembar..mereka adalah sepupu kerana ayah dan ibu baby tu adik beradik. mereka dilahirkan dalam bulan yang sama.. jadi mereka pun berkongsi hari untuk majlis  aqiqah, bertahniq, cukur rambut dan berendoi.
Puan Siti Nur Farhana Abdul Aziz bersama pasangannya EN. Mohd Aris Hj Kasim serta baby Amani Safiyyah dan juga Puan Suzzliza Mohd Safhit dan Muhahhad Alif Abdul Aziz bersama baby Muhammad Adam Rayyan selamat di raikan dalam majlis yang sangat meriah.
 Majlis di adakan di rumah kedua ibu bapa mereka. Tuan rumah yang peramah membuatkan kami rasa selesa duduk makan seperti di rumah sendiri. pelbagai jenis juadah ada..semuanya lazat lazat belaka..sampai tak larat dah nak merasa.
set nasi beryani dan kambing bakar,lauk pauk masakan melayu, laksa, lontong, bakso, kuih muih berbagai jenis, segala jenis buahan ada,roti canai, teh tarik dan lain2. pendek kata semuanya adalah...
alhamdhulillah..murah rezeki tuan rumah..Amin




 


salah satu feveret akak laksa penang..tersangatlah sedapnya.malu nak tambah lagi..lagipun tak boleh di isi lagi perut ni..
yg atas laksa tu apake namanya? tahu berintikan daging dan sayuran bersama isi tahu tu sendiri.sedap sangat. nak cari resepinya kat cik google nanti..  
ada kuih kole kacang feveret akak juga..sedap sangat.berketul2 akak makan sampai tanya tuan rumah kat mana dia oder kerana akak pun nak mengoder..hehe
* tapi lupa nak mengambokannya..


jumpa lagi sesi sebelah petang pula ye..


No comments:

Post a Comment

ada apa pertanyaan atau komen..disinilah tempatnya..