Monday, September 1, 2014

Marhaban di Sungai Sikamat Kajang

Assalaam..
Dua jemputan dalam sehari pada 24/8/14
..bersambung entry marhaban..dari Ukay Perdana sebelah pagi kami terus menuju ke Taman Kasih Sungai Sikamat Kajang. Agak sukar juga mencari lokasi tempat tinggal Puan Shida dan pasangannya. walau pun ada perkhidmatan waze yang kami gunakan..tapi bila tersalah masuk jalan/lorong kelam kabut jadinya dan terpaksa pusing jalan lagi jauh..huhu. jadilah seperti.. jalan jalan pergi makan..hehe
 walau bagaimana pun ianya tetap banyak membantu..

memandangkan tuan rumah mahukan kami hadir seawal mungkin..jadi kami solat zohor di masjid berdekatan..setelah kami pasti itulah lokasi sebenar yang kami nak tuju.
alhamdhulillah majlis telah selamat kami sempurnakan seperti yang di rancang..
.berselawat, marhaban dan berzanzi, bertahniq dan berendoi untuk Majlis Kesyukuran & Aqiqah baby Irfan Zulhaziq..
semuga baby Irfan Zulhaziq bila besar nanti menjadi seorang insan yang soleh,  taat dan berbakti kepada kedua ibu bapa serta agamanya..amin..

baby  Irfan Zulhaziq belum habis pantang..tapi bambamnya..






 baby Irfan meragam.. mungkin rasa tak selesa, bila di buka bajunya baru dia diam  semasa acara bertahniq..

pssst: gambar tambahan..dari rumah tuan rumah.sukanya akak dengan lampu storm nie. 
cantikkkk!

waw! tak terfikir idea cengini..hihi
terbaik hiasan rumah dari tuan rumah.sambil menabung..








2 comments:

  1. KY ....dah namanya pompuan hehe....ohhh KY ada kumpulan marhaban yeh.....patut pun bizi

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah minat akak arah kesitu OKje..akak teruskan walau dah hampir senja..:)

      Delete

ada apa pertanyaan atau komen..disinilah tempatnya..