Wednesday, August 2, 2017

Marhaban di Taman Desa Saujana Kajang

Bismillahhirrohmaanirrohiim
 Assalamualaikum..
Alhamdhulillah..syukur dengan nikmat yang Allah berikan..dipanjangkan usia dan diberi kesempatan untuk meneruskan aktiviti marhaban Kumpulan Izzatul Hasanah pada 9 Julai lalu..
Undangan datangnya dari seorang planner yang akak panggil Zai. Zai seorang yang cepat mesra dan peramah adalah tokey kedai cakebossbangi, cuba kawan-kawan klik pada link yang akak sertakan tu..macam2 design kek ada..cantik2 belaka pulak tu..review dari pelanggan pun kata sedap semuanya dan pelanggan dia pulak dari kalangan keluarga VIP.

Alhamdhulillah..majlis aqikah dan potong jambul telah selamat kami sempurnakan. Majlis berlangsung di Taman Desa Saujana Kajang..acara berlangsung dengan tenang, santai dan meriah.. Tuan rumah suami isteri sangat peramah dan mesra. Mereka yang mengambil gambar kami untuk diabadikan sebagai kenanagan. Layanan first class dari tuan rumah yang tak akan kami lupakan. Kalau nak diikutkan mahu saja kami melepak lama-lama sambil bersembang..tapi kerana kami ada undangan lagi pada sebelah petang..jadi kami terpaksa juga minta izin awal untuk mengundurkan diri. Kami diiring sampai ke pintu pagar. Terimakasih banyak kepada tuan rumah..semoga Allah sentiasa merahmati dan melindungi tuan rumah suami isteri dan anak2..aamiin

Buat Zai.."Tahniah Zai..semoga di murahkan rezeki dan bisnes bertambah maju dan jika di izinkan Allah kita boleh berkerjasama lagi..Aamiin"...



Seronoknya akak melihat mereka sangat cantik dan sangat sepadan dan mereka adalah SAUDARA BARU..

Bangganya akak pada mereka yang mahu belajar mengikut cara adat Melayu dan sudah tentulah Aqikah itu ada hukumnya didalam Islam. Ada tiga pendapat hukum dari ulama didalam masaalah status hukum  Aqikah. Ringkasnya mengikut pendapat madzhab Syafi'i..hukumnya sunnah (mustahab) yang ertinya..apabila mampu..











bunga rampai ini adalah untuk acara potong jambul..selain air mawar dan gunting di perlukan juga semangkok air untuk meletak rambut yg telah di gunting supaya tidak berterbangan..
akak sedia menerima tempahan bunga rampai..jika memerlukannya. tak susah nak buat..tapi kekadang tuan rumah tak sempat nak sediakannya..
berminat dengan kumpulan kami.. hubungi kakrose 0122117464

No comments:

Post a Comment

ada apa pertanyaan atau komen..disinilah tempatnya..