Tuesday, September 20, 2016

Marhaban di Banting

Assalaamualaikum..

Alhamdhulillah..selesailah sudah majlis  aqikah, cukur jambul dan berendoi untuk cucunda Damia Safiah binti Mohd Haikal..
 Tarikh 17/9/ 2016 bersamaan 15 Zulhijah 1437H tentunya menjadi kenangan terindah buat keluarga Pn Anith dan En. Haikal kerana dapat berkumpul bersama keluarga tersayang di dalam majlis yang indah lagi meriah ini.
 Majlis Yang sangat meriah dengan kehadiran sanak saudara dan orang2 sekampung di adakan di kediamam bapa Puan Anith di Kampung Kelanang Banting.

 Kami pun tumpang gembira dan seronok serta bersyukur di atas layanan mesra keluarga Pn Anith terhadap kami. Segala juadah yang di hidang sangat enak dan lazat. Terimakasih yang tidak terhingga kami ucapkan kerana sudi menjemput kumpulan kami bagi menyempurnakan majlis tersebut..semuga keluarga Pn Anith di limpahi rahmat dan mendapat keberkatan di dunia dan juga diakhirat.. khususnya buat cucunda Damia Safiah...semuga Damia Safiah menjadi anak yang solehah..aamin


 

 


















3 comments:

  1. wah..penuh nampak jadual akak kat tepi blog ni ya!

    ReplyDelete
  2. Nampaknya gitulah ujie.. Rezeki kumpulan kami sambil mengisi masa lapang..

    ReplyDelete
  3. Assalam. Blh beri no contact siapa saya blh berurusan kerana x jelas sbb tulisan biru atas background biru.

    ReplyDelete

ada apa pertanyaan atau komen..disinilah tempatnya..