Thursday, May 28, 2015

Marhaban di Seksyen 8

Asalaamualaikum dan selamat sejahtera buat pengunjung semua..
Entry marhaban banyak sangat tertanggoh. hampir akak terlupa sebahagian aktiviti yang berlaku.  Akak updet mana yang masih akak ingat berpandukan gambar2 yang sempat akak ambil semasa majlis berlangsong. Kekadang tak sempat nak ambil gambar..kalau sempat ambil pun kekadang gambar tak cun..hihi. mana yang tak dapat akak updet disini..minta maaf bebanyaklah ye..


Majlis yang ini memang akak ingat sesangat. Tarikhnya pada 28/3/15. Lokasi pun senang nak cari sebab areanya dekat dengan rumah akak.Tuan rumah pun peramah..bersembang bagaikan dah kenal lama. Tuan rumah * MIL kepada Puan Lin ialah seorang pendidik. Jadi kami taklah terasa kekok. gitulah makcik2 nie..bila di ajak bersembang..sampai lupa diri..sedar2 matahari dah meninggi..tak ingat nak balik dah..


Majlis Aqiqah yang di raikan dengan bacaan nasyid, marhaban dan berendoi untuk  anak sulong  pasangan Puan Hasmalini dan En. Ahmad Amri dari Seksyen 8 Shah Alam berlangsung dalam suasana tenang dan meriah. Baby yang di raikan Muhammad Adam Rafiq pun cool.. relek dan santai aje dia :)




Memandang wajah mereka hati jadi sejuk dan tenang. selesai bacaan nasyid, marhaban dan berendoi baby Muhammad Adam terus tertidur lena. Agaknya baby Adam menghayati bait2 lagu " Dendang Siti Fatimah " yang nenek2 dendangkan. Kebiasaannya di mana2 majlis yang kami pergi..semasa mendendangkan lagu " Dendang Siti Fatimah" baby-baby akan terlena di dalam buaian mereka..


Majlis sama untuk menyambut ulang tahun kelahiran Baby Muhammad Adam Rafiq yang genap satu tahun umurnya. Semuga baby Muhammah Adam Rafiq membesar dalam keadaan sihat walafiat di berikan kecerdikan dan kepintraan mendalami ilmu Allah,menjadi insan yang solleh, berbakti kepada kedua orang tuanya dan patuh kepada suruhan Allah dan meninggalkan segala laranganNya.. Amin.




 Family Puan Hasmalini sangat sporting.. mereka bersama kami berselawat ke atas Nabi SAW..

lihatlah ole-ole pemberian Puan Hasmalini. kami dapat mangkok tingkat yg sangat ohsem. Sangat jarang dan rasanya belum pernah kami dapat sebelum ini. Banyak kegunaan mangkok tingkat ini. kepada sesiapa yang kerap membeli lauk pauk di kedai makan..bolehlah gunakan mangkok tingkat ini daripada mengunakan beg plastik. sampai rumah dah boleh terus hidang. Dapat juga kita mengurangkan pengunaan bahan plastik dan secara tak langsong kita dapat menjaga persekitaran dan pencemaran alam di bumi ini..
salam..kita jumpa dimajlis rumah lain pulak nanti ye...

No comments:

Post a Comment

ada apa pertanyaan atau komen..disinilah tempatnya..