Friday, April 17, 2015

Khatam Al-Quran di Laman Seri Shah Alam

Assalaamualaikum..warahmatullahhiwabarokatuh..
Jangan tanya kenapa entry aktiviti marhaban kumpulan Al-Insyirah tidak ikut turutan tarikh ye..
Akak ikut gambar mana yang nampak dulu gambar laptop ni.Nak cari gambar lama yang bertingkat dalam laptop ni jadi masaalah juga. banyak dah gambar terkumpul sampai lupa majlis dimana dan nama yang ampunya diri. perlahan-lahan akak akan ingatkan balik semula..
Terbaru ..majlis di rumah Datin Fazilah di Laman Seri Shah Alam pada 11/4/15. majlis khatam Quran untuk anaknda puteri tunggal beliau.
Majlis yang ringkas tapi meriah dengan kehadiran sanak saudara. Tuan rumah dan seisinya yang sangat baik hati, peramah dan sangat humble. Kami merasa malu pula bila di layan seperti tetamu istimewa. Sarapan pagi tersedia dihidang menanti kedatangan kami.lebih istimewa semua masakan di masak sendiri di rumah..sudah tentulah masakannya lebih sedap dan lazat..:)
Semuga Datin Fazilah sekeluarga dan seisi rumah mendapat keberkatan yang perterusan dari Allah SWT..Amiin.
Alhamdhulillah..wasyukrullillah..


Ustazah Rogayah sedang memberikan kata-kata aluan dan ucapan ringkas sebelum memulakan majlis Qhatam Quran

Selesai berqhatam Quran..Ustaz mengetuai acara bacaan yasiin dan doa selamat..



Sebelum kami mengundurkan diri sempat lagi Datin dan anakndanya keluar bergambar berasama kami.. dan tidak sampai di situ sahaja, Datin juga menjemput kami ke majlis resepsi pada keesokannya di dewan SUK Shah Alam.

suka jambangan bunga di rumah Datin..cantik!

No comments:

Post a Comment

ada apa pertanyaan atau komen..disinilah tempatnya..