Wednesday, December 10, 2014

Marhaban di Kelana Jaya

Assalaamualaikumwarahmatullahhiwabarokatuh..
Mendapat undangan kali kedua..mesra sungguh rasanya..:)
Itulah perasaan yang kumpulan kami rasakan apabila EN. Azri Hadi Ahmad Juni dan Puan Norashikin Baharudin sudi mengundang kumpulan  kami lagi untuk meraikan majlis aqiqah, cukur rambut serta berendoi anaknda mereka yaitu baby Muhammad Darwish Hadif pada 30/11/14.

 Lokasinya..di perumahan kakitangan JBA Kelana Jaya, kali ini tidaklah susah untuk mencarinya..kerana pertama kali datang dulu kami telah melalui sedikit kepayahan mencari lokasinya. Waktu itu.. semua orang yang di tanya tidak tahu adanya Quartes Kerajaan di situ. Sehinggalah terjumpa seorang Achi sedang menunggang motosikal di trafik light merah. Spontan kami bertanya tentang dimana lokasinya. beliau memberi arahan..tapi kami blurr..
spontan Achi tu menyuruh kami mengekorinya dari belakang. haah..sampai kepintu gate beliau menghantar kami.
jadi kali ini kami sampai tepat pada waktunya.tidaklah lambat seperti dulu..:)

cantik..menarik..tertarik goodiebags pelbagai warna..



 ini mesti anak ayah kan Azri :)

tuan tanah tak interprem lah pulak..;)

sepanjang majlis..baby Muhamad Darwish Hadif sangat memberi kerjasama..tidur dengan selesa di dalam buaiannya..

candy bar..lembutnya warna babyblue..tengok jer dah berselera..dan makanan lainnya semua menyelerakan..

Dulu puteri sulong mereka yang kami raikan..kini bambam dah dia.Semuga kedua puteri dan putera mereka membesar dengan sihat dan cerdik dan menjadi insan yang soleh dan solehah, berbakti kepada kedua ibu bapanya, taat akan perintah Allah dan Rasulnya..Ameen.

2 comments:

ada apa pertanyaan atau komen..disinilah tempatnya..