Tuesday, August 19, 2014

Marhaban di Kajang

Assalaam..
updet aktiviti marhaban sabtu lepas 16/8/14..
kami ke majlis jamuan raya merangkap majlis cukur rambut dan berendoi baby Adelia Safiyyah anaknda kepada pasangan En. Amir dan Puan Muzanira berlangsung  dikediaman mereka di Taman Ceras Prima..
 sepatutnya kami sampai awal dan memulakan majlis seawal mungkin..tapi di sebabkan kami sudah tersilap melihat alamat dan tersalah jalan..menyebabkan kami terlambat sedikit..
Alhamdhulillah..semuanya berjalan lancar seperti di rancang..kerana Allah adalah sebaik baik perancang..
meriahnya majlis Puan Muzirah dan En.Amir. semua sudut rumah dipenuhi dengan tetamu. Tetamu di biarkan duduk bersantai dan bersimpuh sambil menikmati juadah yang di sediakan. duduk bersimpuh di atas lantai yang beralaskan permaidani indah..seolah olah suasana beraya di kampung saja..
walaupun khemah ada di sediakan..kebanyakan ibu yang ada anak anak lebih selesa duduk bersempuh sahaja..
satu pemandangan yang sangat menarik melihat tetamu bersama keluarga memasing membentuk kumpulan kecil sedang menikmati juadah sambil berborak santai..
idea yang sangat bagus. sesiapa yang ada ruang pakir kereta yang luas..bolehlah buat gaya begini bila mengadakan sesuatu majlis..
tak perlulah memasang khemah disepanjang jalan..hehe



 cute nya baby Adelia Safiyyah ni..sayang..muaahhhh!








sebenarnya majlis ini adalah majlis kedua yang kami raikan..
sebelumnya..pada sebelah pagi kami meraikan majlis aqikah dan cukur rambut di Pingiran Subang. tapi tuan rumah mahukan kami membaca yassin saja. majlisnya simple dan ringkas. tak sampai satu jam majlis dah selesai..



No comments:

Post a Comment

ada apa pertanyaan atau komen..disinilah tempatnya..