Sunday, June 22, 2014

Marhaban di Seri Kembangan

Assalamualaikum..
Sepanjang minggu ni terasa letih sangat dengan pelbagai aktiviti, tapi di hujung minggunya  terasa seronok sangat sebab ada aktiviti marhaban..
Seperti biasa akak dapat undangan marhaban dari pelangan melalui blog akak. kebiasaannya pelanggan akak dari kaum wanita.. tapi sejak akhir2 ini ramai yang bertanya dari kalangan kaum lelaki. kekadang mereka sekadar bertanya saja..jadinya belum tentu..
melalui blog ini juga akak dapat berkenalan dengan En. Azhari dan Puan Azhana yang menghubungi akak untuk menjemput kumpulan marhaban akak meraikan majlis aqiqah dan cukur jambul dan berendoi puteri sulong mereka..


 comelnya baby Nur Zara Alisya, wajahnya redup dan memukau pandangan..memandangnya hati jadi sejuk. bukan akak seorang yang berkata begitu..semua ahli kumpulan memberi komen yang sama..

 



Alhamdhulillah..majlis aqiqah baby Nur Zara Alisya berjalan lancar dan meriah, dihadiri ramai sanak saudara dan mereka seisi keluarga sangat peramah.
ribuan terimakasih kumpulan kami ucapkan kerana sudi menjemput kami. minta maaf juga sekiranya ada salah silap dan kekurangan dari kami..
Semuga baby Nur Zara Alisya sihat dan membesar menjadi wanita yang solehah..Ameen..

No comments:

Post a Comment

ada apa pertanyaan atau komen..disinilah tempatnya..