Tuesday, February 28, 2017

Marhaban di Damansara Jaya

Bismillahirohmanirohim
Assalamualaikum..

Alhamdhulillah..pada 26/2/17 lalu..berthemakan warna purple dan grey..kami Kumpulan Marhaban Izzatul Hasanah dapat menjejaki kediaman En AlFaizal yang terletak di Damansara Jaya. Jarak jauhnya lebih kurang 25 km sahaja.
Kehadiran kami tepat pada waktu yang di janjikan dan di sambut  mesra  olih ahli keluarga tuan rumah.
Sementera menanti tetamu dan ahli keluarga yang lain sampai, kami sempat bersembang dan berposing dengan izin tuan rumah. Kita kenalah minta izin dengan tuan rumah dulu sebelum nak buat apa2 aktiviti didalam majlis rumah orang. Rasanya tidak manis pula jika secara suka2 bergambar sebelum tuan rumah memulakannya majlis. kata orang..jangan mendahului tuan rumah..

Majlis aqiqah, bertahnik , marhaban dan berendoi buat anaknda sulong En Alfaizal dan puan Natasha Nadia iaitu baby Alanna Nadya Rose bt AlFaizal 
majlis yang sederhana tapi sangat meriah dengan kehadiran sanak saudara tuan rumah. Alhamdhulillah..ahli keluarga semuanya berpuas hati dengan persembahan kami. Terimakasih dengan tepukkan dan pujian yang di beri. Segala pujian kita kembalikan kepada Allah..kerana Allah sahaja yang mendorongkan kami membuat persembahan yang terbaik..AAmiin.



peralatan bertahniq.









ole2 majlis. warna purple sangat dekat di hati kami..

gambar kenangan bersama pasangan Alfaizal dan isteri. terimakasih daun keladi..buat majlis kedua undang kami lagi.. :)

No comments:

Post a Comment

ada apa pertanyaan atau komen..disinilah tempatnya..