Tuesday, March 10, 2015

Marhaban di Desa Alam

Assalaamualaikum warohmatullahhiwabarokatuh..

Majlis berlangsung di rumah akak sendiri pada 20 December lepas. majlis aqikah, marhaban, potong jambul dan berendoi untuk cucu akak. kebetulan bulan December ada dua orang cucu akak yang menyambut hari kelahiran..dan kebetulan juga cucu akak seorang lagi yang sepatutnya menyambut kelahirannya pada bulan Oktober lepas tak sempat kami raikan, jadi kami raikan semua mereka sekali harong..kata orang Johor.
biar gambar saje lah yg bercerita..


Nyenyak nya baby Khayla tidur dalam buaian empok..


alalala..manjanya Khyala dalam dakapan mama ye.. 
nenek nak potongkan jambul baby Khayla..Saif pun nak potongkan juga ke?
jambol awak pun kena potong juga tau!
 acara berendoi..

my bff sedang mengalunkan suaranya yang merdu mendendangkan berzanzinya. Walaupun beliau bukan dari ahli kumpulan tapi tetap sudi bersama dalam majlis ini..

lagi cangih..berzanzi mengunakan tab saja. rakan akak ahli marhaban dari kumpulan lain..


selesai majlis cukur rambut..acara potong kek bobois pulak. cucus akak yang pelbagai size ..hihi




cukupla setakat ini.. menyusul aktiviti di rumah lain pula nanti..