Wednesday, March 4, 2009

Khatam Alquran buat arwah

Assalaam.. 



Malam tadi.. malam kedua kami membaca AlQuran beramai2 dan khatamkan AlQuran utk Allahyarhamah kawan akak yang telah kembali kerahmatullah minggu lepas. Ramai kawan2 yg hadir, utk sama2 membaca Quran.Hati terasa hiba sangat...bila teringatkan arwah. Biasanya...kalau ada majlis2 yang sebegini..arwahlah orang pertama yang mengesyorkannya. Quran yang kami baca itu pun..buah tangan dari arwah semasa pergi mekah dulu. Arwah mewakafkan Quran itu untuk kami baca dan khatamkan..sekiranya ada antara kari'ah kami yang meninggal dunia.
Semuga Allah mencucuri rahmat keatasnya...dan masukkan arwah didalam golongan orang2 yangg solehah dan beriman..Amiin.