Thursday, September 21, 2017

Marhaban di Rahman Putra

Assalamualaikum..

Tarikh 29/7/17..
Tenangnya pagi itu.. kami berkumpul seperti biasa di tempat yang telah kami janjikan. Alhamdhulillah..selalunya dengan izin Allah juga kami akan sampai tepat pada masanya untuk berkumpul sebelum memulakan perjalanan. Sebelum memulakan perjalanan ke destinasi jemputan..ustazah kami iaitu ustazah Ruqayah akan membacakan doa memulakan perjalanan..semuga perjalanan kami lancar dan selamat sampai tepat pada masa yang di janjikan..
Destinasi kali ini kami ke Taman Rahman Putera Sungai Buloh. Jarak perjalanan lebih kurang 14 km mengikut kata waze lah  ;=)


Undangan dari Puan Nurul dan suami, kerana meraikan majlis aqiqah cukur jambul buat anaknda beliau baby Zayyan Arieff bin Ahmad Zaki
Majlis aqiqah baby Zayyan berlangsung dengan santai dan meriah. olih kerana kami sampai awal sedikit dari masa yang di janjikan, kami di jemput bersarapan terlebih dulu. Biasanya bila ada pelawaan untuk bersarapan terlebih dulu kami menolak kerana ingin memberi tumpuan kepada kepada acara majlis..bimbang suara tak boleh keluar nanti..sebab dah kenyang..hehehe
olih kerana masa pun masih awal.. di tambah pulak dengan keramahan dan kemesraan Puan Nurul..tidaklah mampu untuk kami menolaknya..
rezeki jangan di tolak! itu pesanan org tua2..









 gambar di atas kredit dari Puan Nurul

olih kerana kami ada jemputan dan acara lain pada sebelah tengahari..kami mohon dari Puan Nurul untuk memulakan majlis awal sedikit...
 Alhamdhulillah..bila kita memudahkan urusan orang lain..Allah akan memudahkan urusan kita pula..
Semuga Puan Nurul dan seisi keluarga sentiasa dalam rahmat dan perlindungan dari Allah..di murahkan dan diluaskan rezeki dan di berikan kesihatan yang baik dan di permudahkan segala urusan di dunia dan akhirat. buat baby Rayyan juga kami mendoakan semuga baby Rayyan membesar sebagai anak yang soleh dan menjadi imam kepada seluruh keluarga dan masyarakat..amiin..


 menariknya..hari itu juga di adakan sambutan ulang tahun perkahwinan kedua ibu bapa Puan Nurul..




antara hidangan yg marveles..



 ole-ole dari puan Nurul


 terimakasih kerana sudi membaca dan jumpa lagi dilokasi lain pula..