Monday, November 20, 2017

Kumpulan Marhaban kami dalam Package D'Alis deco

Assalaamualaikum..

Jemputan ini datangnya dari sahabat maya akak.. D'Alis deco..
D'Alis deco sangat aktif menjalankan perniagaan sebagai mengaturcara majlis. kami sudah beberapa kali mendapat undangan dari beliau. undangan ini datangnya dari beliau sebagai package majlis aqikah, potong jambul dan berendoi. pelamin dan khemah pun cantik di tambah pula dengan menu makanan yang sedap belaka..
kami sebagai sebahagian dari package tersebut pun sangat berpuas hati..kerana urusannya yang sangat mudah dan lancar..sebagai tetamu pula kami sangat berpuas hati dengan menu yang sedap semuanya.
boleh lawati blog beliau 








gambar kredit dari Alis Decor..terima kasih Alis, lain kali boleh undang kami lagi..


Marhaban di Bandar Manjalara


Assalamualaikum wbt..
Alhamdhulillah.. kita sudah hampir ke penghujung tahun. Semangkin banyak pula undangan majlis cukur jambul Yang kumpulan kami terima. Alhamdhulillah..setakat ini kami masih mampu menerima jemputan mengikut kesesuaian masa dan tempat setiap majlis..
Banyak acara majlis cukur jambol yang belum berupdate. Kena tunggu giliran mengikut kelapangan masa akak. Tak bestlah kalau update pilih-pilih majlis kan. Ada juga yang sudah terlupa tarikh dan tempat..kekadang sudah terdelete gambar dsb nya..

hari ini 18/11/17  kumpulan kami menunaikan hajat Datin Noor Hayati dari Bandar Manjalara kerana meraikan majlis aqiqah, cukur rambut dan berendoi buat cucunda beliau Wan Norain Sofia binti Wan Mohamad Zamir.

Alhamdhulillah..majlis berjalan lancar dan meriah..tambahan pula kumpulan tahfiz dari Ampang juga turut meraikan majlis dengan bacaan doa selamat..
Semuga cucunda Datin Noor Hayati sentiasa sihat dan di murahkan rezeki yang berkat serta menjadi anak yang solehah..amiin.















terima kasih Datin..kerana sudi mengundang kumpulan kami. semuga seluroh ahli keluarga Datin sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah swt..amiin..