Monday, January 12, 2015

Marhaban di Saujana Putra

Assalaamualaikum warahmatullahhiwabarokatuh..

Alhamdhulillah..kumpulan marhaban akak telah selamat memenuhi semua  undangan majlis khatam Quran, majlis maulud, marhaban serta berzanji, bertahnik dan berendoi..dari awal tahun hinggalah akhir tahun 2014.
akak share gambar gambar majlis doa selamat, mahraban dan berendoi sepanjang bulan December lepas. nak cerita segala kejadian pada hari-hari tersebut pun dah lupa..biarlah gambar saja yang bercerita..
Majlis di rumah Puan Azura di Pucong Prima dan Prof Asmah di Desa Alam akak tak dapat hadir kerana waktu itu akak berada di luar kawasan. ahli ahli lain memberikan kerjasama yang sebaiknya..dah alhamdhulillah mereka berpuas hati dengan persembahan dari kumpulan kami..

 Ini majlis akiqah, marhaban dan berendoi di rumah Puan Atikah di Puncak Saujana pada 13/12/14. Tuan rumah suami isteri yang peramah dan baik hati..kami di layan seolah kami berada di rumah anak sendiri. Alhamdhulillah..semuga di limpahi rahmat dan di murahkan rezeki  dan seisi rumah dalam pemeliharaan Allah SWT..





 pembuka acara potong jambul di lakukan olih neneknda baby Nur Aisyah Humaira..di ikuti olih saudara mara yang lain..sangat meriah..



bermacam juadah di hidangkan untuk para tetamu..semuanya enak-enak belaka. ada yang special pulak tu sebab ia feveret akak. kek dan apam pelangi yg sangat sedap..:)