Wednesday, December 10, 2014

Marhaban di Kelana Jaya

Assalaamualaikumwarahmatullahhiwabarokatuh..
Mendapat undangan kali kedua..mesra sungguh rasanya..:)
Itulah perasaan yang kumpulan kami rasakan apabila EN. Azri Hadi Ahmad Juni dan Puan Norashikin Baharudin sudi mengundang kumpulan  kami lagi untuk meraikan majlis aqiqah, cukur rambut serta berendoi anaknda mereka yaitu baby Muhammad Darwish Hadif pada 30/11/14.

 Lokasinya..di perumahan kakitangan JBA Kelana Jaya, kali ini tidaklah susah untuk mencarinya..kerana pertama kali datang dulu kami telah melalui sedikit kepayahan mencari lokasinya. Waktu itu.. semua orang yang di tanya tidak tahu adanya Quartes Kerajaan di situ. Sehinggalah terjumpa seorang Achi sedang menunggang motosikal di trafik light merah. Spontan kami bertanya tentang dimana lokasinya. beliau memberi arahan..tapi kami blurr..
spontan Achi tu menyuruh kami mengekorinya dari belakang. haah..sampai kepintu gate beliau menghantar kami.
jadi kali ini kami sampai tepat pada waktunya.tidaklah lambat seperti dulu..:)

cantik..menarik..tertarik goodiebags pelbagai warna..



 ini mesti anak ayah kan Azri :)

tuan tanah tak interprem lah pulak..;)

sepanjang majlis..baby Muhamad Darwish Hadif sangat memberi kerjasama..tidur dengan selesa di dalam buaiannya..

candy bar..lembutnya warna babyblue..tengok jer dah berselera..dan makanan lainnya semua menyelerakan..

Dulu puteri sulong mereka yang kami raikan..kini bambam dah dia.Semuga kedua puteri dan putera mereka membesar dengan sihat dan cerdik dan menjadi insan yang soleh dan solehah, berbakti kepada kedua ibu bapanya, taat akan perintah Allah dan Rasulnya..Ameen.

Friday, December 5, 2014

Marhaban diKawasan Perumahan Kastam Kelang

Assalaamualaikum warahmatullahhiwabarokatuh..
majlis berlangsung pada 29 nov lepas. sebelum terlupa baik KY entri kan cepat. maklumlah majlis yang lepas pun belum sempat nak updet.
Puan Zubaidah sudah dua kali menjemput kumpulan kami meraikan majlis cukur rambut cucundanya. pertama kali pada tahun 2013 lalu.
semuga cucunda Putera Ziqri Anaqi dalam pemeliharaan Allah..di beri kesihatan yang baik..di murahkan rezekinya dan membesar sebagai insan yang soleh dan patuh kepada ajaran Islam..taat kepada Allah dan Rasolnya..taat juga kepada kedua ibu dan bapanya..ameen.

 





 tak sempat nak capture banyak-banyak..gambar yg di capture pun semuanya tak jadi.maklum sambil marhaban..mana nak pegang buku..nak pegang henpon..

ole-ole bunga telor..cantik bunga tissu..lembut jer.

ini menu paling special yang pernah KY jumpa di majlis kenduri. Putu mayam..jarang ada orang hidangkan menu inikan. Puan Zubaidah hidangkan bersama kari ayam dan gula kelapa. Tapi KY biasa makan dengan gula kelapa saja..terbaik lah!
lagipun menurut beliau..ini buatan orang Muslim.Bertambah-tambahlah selera kitaorang..hehe
insyaAllah ada rezeki kita berjumpa lagi..

Monday, November 17, 2014

Marhaban di Desa Alam

Assalaamualaikum warahmatullahhiwabarokatuh..
Pertama kali kumpulan kami di jemput meraikan majlis aqikah dan marhaban di taman perumahan sendiri. Jiran terdekat KY Puan Atikah Salwa bersama pasangan Muhamad Rani yang sudi menjemput kumpulan kami untuk meraikan majlis aqikah anaknda ketiga beliau, baby Ahmad Ismail.
Majlis berlangsung begitu meriah dengan kehadiran lebih 200 orang tetamu. sanak saudara..jiran tetangga hadir meraikannya bersama. semua hidangan makanan yang sangat enak dan lazat..terutama kari kambing. mentang-mentang lah KY sukakan daging kambing, semua masakan daging kambing KY kata sedap. bukan macam tu..serius nie..memang kari kambing nya sangat sedap. laksa Johor dan kuih muih juga semuanya sedap. yang special lagi pengat pisang helang, tersangatlah sedapnya. jemputan yang makan pengat pisang tu semuanya kata sedap. wahh..nak kena minta resepi pengat pisang dari Atikah nie.. 
apapun..semuga majlis aqikah baby Ahmad Ismail mendapat keberkatan dan dimurahkan rezekinya serta  mendapat keredhaan dari Allah swt.




 sekumpulan anak-anak yatim menjamu selera selepas membaca yassin..


okey..jumpa di lain entry..

Tuesday, November 4, 2014

Marhaban di Taman Sri Aman Pucong

As salaam..
Salam dan selamat sejahtera buat pengunjung semua..
entry marhaban tertanggoh banyak sangat. hampir terlupa sebahagian aktiviti yang lepas. akak updet mana yang masih akak ingat. mana yang tak di updet di blog ni..minta maaf lah bebanyak ye..
majlis yang ini memang akak ingat sesangat. tarikh 5/10/14.. Majlis Aqiqah anak keempat pasangan Puan Suraya Muhammad dan En. Zalizan Muhamad Nor dari Puchong berlangsung selepas zohor pada hari raya qurban. Hajat Pn. Suraya agar kami menjemput semua ahli kumpulan turut serta, tapi memandangkan hari kejadian adalah pada hari raya haji..maka ramai yang tidak dapat turut serta. yang hadir pun hanya 9 orang saja..
Baby Nur Elsa Arissa  sangat  bertuah..kerana di kelilingi abang dan kakak yang sangat sayang padanya .Sanak saudara dan jiran tetangga yang sangat peramah dan mesra. kami dilayan seperti kami berada di tempat/kampung sendiri. lama juga kami bersantai sambil menikmati hidangan yang sangat enak dan lazat..terutama laksa yang sangat sedap tu..teringat-ingat sampai laar nie..hihi
 terimakasih Sue jemput kumpulan akak, lain kali kalau ada baby lagi jangan lupa jemput kumpulan akak lagi ye..;)


 mesranya tiga beranak nie di tepi pelamin..

hidangan tradisional..pulut kuning bersama rendang. Sue siap tapaukan untuk kami..

marhaban dan potong rambut..



ala la..comelnya anak sulong Sue nie..boleh di harap untuk menjaga adiknya. Zaman nie tak ramai anak-anak perempuan yang boleh diharap menjaga adik-adiknya. yang lebihnya leka bermain game di ipad.
contoh anak perempuan yang bakal jadi wanita solehah..InsyaAllah..Amin.
door gift dari tuan rumah..


sekian..jumpa lagi di lain entry.. :)
 

Marhaban di Roof Garden Bukit Jelutong

As salaam..
Salam dan selamat sejahtera buat pengunjung semua..
Penutup tahun ini kumpulan marhaban AlInsyirah mendapat banyak undangan kemajlis aqiqah dan berendoi. Boleh dikatakan setiap minggu sepanjang bulan Oktober dan November ini penuh dengan majlis undangan. Memang penat dan meletihkan, tapi kerana minat..sebolehnya kami penuhi juga setiap undangan. kekadang terpaksa juga menolak jemputan kerana ada sebab yang tidak boleh di elak.
Awal November memenuhi undangan Puan Fiorisa Yaafar dan pasangan En. Muhammad Idlan Bunandar..
Majlis aqiqah baby Nur Raida Muhassanah diadakan di Roof Garden Bukit Jelutong. majlis ini sebenarnya diadakan selepas majlis akad nikah adik perempuan Pn.Fiorisa. tentulah majlis bertambah meriah dengan kehadiran saudara mara dan tetamu mereka bagi meraikan kehadiran cucu sulong dan menantu baru mereka..

Pn Fiorisa bersama baby Nur Raida Muhassanah
tak dapat nak ambil gambar banyak.ini pun gambar curi-curi..hihi 

 ..bersama pasangan pengantin baru..

 ..bersama kedua-dua ibu mereka..

 ..ustazah berucap..tuan tanah berposing depan pelamin..hehe

sebelum majlis merhaban dan berendoi, mereka mulakan majlis akad nikah dulu. beginilah kebizian mereka selepas majlis tersebut..acara bergambar beramai-ramai sudah jadi kemestian..
jadi majlis kami sudah terlewat sedikit..

Sunday, October 26, 2014

Marhaban di Cahaya SPK

Assalaamualaikum warahmatullahhiwabarokatuh..

Banyak acara majlis cukur rambut belum berupdate. kena tunggu giliran mengikut kelapangan masa akak. Tak bestlah kalau updet pilih-pilih kan. ada juga yang sudah terlupa tarikh dan tempat..nanti akak jamakkan sekali..boleh ke gitu..huhu

hari ini 26/10/14 kumpulan kami menyampaikan hajat Puan Padilah Burhanudin bersama pasangan En.Ferhat Mushid kerana meraikan majlis aqiqah, cukur rambut dan berendoi anaknda Mohammad Zhareef Qawee bin Ferhat.
Alhamdhulillah..ini kali kedua Pn. Padilah mengundang kumpulan kami. Kali pertama dulu dua tahun lepas, kalau tak silaplah. mungkin akak terlupa nak buat entry tentangnya. itulah rugikan bila ada sesuatu event taknak dientrykan..kalau tak boleh juga akak buat cuci-cuci mata semula melihat aktiviti kumpulan kami beberapa tahun lepas..hheee

 doorgift dari Baby Zhareef buat nenek-nenek sekelian..
 Mama Zhareef dan baby Zhareef berposing bersama nenek-nenek sekelian..




 kemeriahan candy buffet di majlis baby Zhareef..




terima kasih Padilah..kerana mengundang kumpulan kami. semuga baby Zhareef membesar dalam keadaan sihat walafiat, menjadi insan yang solleh, berbakti kepada bangsa dan agamanya..Aamin.

Thursday, September 11, 2014

Marhaban di Puncak Jalil

Assalaamualaikum..
Jemputan majlis potong jambul dan aqiqah pada 31/8/14 di rumah Tuan Gulam di Puncak Jalil, Sri Kembangan untuk meraikan cucunda beliau baby Zaira Firzana.
Baby Zaira Firzana ialah  anaknda kepada pasangan En Mohamad Mukhtar dan Puan Zeenat.
Sebelum majlis berlangsung..lebihkurang tiga bulan sebelumnya Tuan Gulam telah menempah kumpulan kami  untuk meraikan majlis tersebut.
majlis berlangsung pada sebelah petang dihadiri olih ramai saudaramara yang kebanyakannya kaum perempuan. mesti orang perempuan suka dengan majlis yang sebegini kan?
Terimakasih Tuan Gulam kerana sudi menjemput kumpulan kami meraikan majlis intimewa buat cucunda Tuan..















subhanaallah..Comelnya dia..