Thursday, September 11, 2014

Marhaban di Puncak Jalil

Assalaamualaikum..
Jemputan majlis potong jambul dan aqiqah pada 31/8/14 di rumah Tuan Gulam di Puncak Jalil, Sri Kembangan untuk meraikan cucunda beliau baby Zaira Firzana.
Baby Zaira Firzana ialah  anaknda kepada pasangan En Mohamad Mukhtar dan Puan Zeenat.
Sebelum majlis berlangsung..lebihkurang tiga bulan sebelumnya Tuan Gulam telah menempah kumpulan kami  untuk meraikan majlis tersebut.
majlis berlangsung pada sebelah petang dihadiri olih ramai saudaramara yang kebanyakannya kaum perempuan. mesti orang perempuan suka dengan majlis yang sebegini kan?
Terimakasih Tuan Gulam kerana sudi menjemput kumpulan kami meraikan majlis intimewa buat cucunda Tuan..















subhanaallah..Comelnya dia..




Wednesday, September 3, 2014

Marhaban di Taman Melor Kelang

As salaam..
Subhanallah..banyaknya undangan dalam bulan Syawal ini..
minggu ini ada dua lagi majlis yang wajib  dihadiri  kerana deposit bayaran telah di terima. sepatutnya hari sabtu 30/8/14 ada satu majlis yang harus di hadiri...tetapi last minit tuan rumah kata tak jadi pulak. alhamdhulillah..bolehlah kami bercuti buat aktiviti sendiri..

jemputan majlis pada 31/8/14 sebelah pagi   di Taman Melor Kelang.
meraikan sepasang  baby lelaki dan perempuan..tapi bukan kembar..mereka adalah sepupu kerana ayah dan ibu baby tu adik beradik. mereka dilahirkan dalam bulan yang sama.. jadi mereka pun berkongsi hari untuk majlis  aqiqah, bertahniq, cukur rambut dan berendoi.
Puan Siti Nur Farhana Abdul Aziz bersama pasangannya EN. Mohd Aris Hj Kasim serta baby Amani Safiyyah dan juga Puan Suzzliza Mohd Safhit dan Muhahhad Alif Abdul Aziz bersama baby Muhammad Adam Rayyan selamat di raikan dalam majlis yang sangat meriah.
 Majlis di adakan di rumah kedua ibu bapa mereka. Tuan rumah yang peramah membuatkan kami rasa selesa duduk makan seperti di rumah sendiri. pelbagai jenis juadah ada..semuanya lazat lazat belaka..sampai tak larat dah nak merasa.
set nasi beryani dan kambing bakar,lauk pauk masakan melayu, laksa, lontong, bakso, kuih muih berbagai jenis, segala jenis buahan ada,roti canai, teh tarik dan lain2. pendek kata semuanya adalah...
alhamdhulillah..murah rezeki tuan rumah..Amin




 


salah satu feveret akak laksa penang..tersangatlah sedapnya.malu nak tambah lagi..lagipun tak boleh di isi lagi perut ni..
yg atas laksa tu apake namanya? tahu berintikan daging dan sayuran bersama isi tahu tu sendiri.sedap sangat. nak cari resepinya kat cik google nanti..  
ada kuih kole kacang feveret akak juga..sedap sangat.berketul2 akak makan sampai tanya tuan rumah kat mana dia oder kerana akak pun nak mengoder..hehe
* tapi lupa nak mengambokannya..


jumpa lagi sesi sebelah petang pula ye..


Monday, September 1, 2014

Marhaban di Sungai Sikamat Kajang

Assalaam..
Dua jemputan dalam sehari pada 24/8/14
..bersambung entry marhaban..dari Ukay Perdana sebelah pagi kami terus menuju ke Taman Kasih Sungai Sikamat Kajang. Agak sukar juga mencari lokasi tempat tinggal Puan Shida dan pasangannya. walau pun ada perkhidmatan waze yang kami gunakan..tapi bila tersalah masuk jalan/lorong kelam kabut jadinya dan terpaksa pusing jalan lagi jauh..huhu. jadilah seperti.. jalan jalan pergi makan..hehe
 walau bagaimana pun ianya tetap banyak membantu..

memandangkan tuan rumah mahukan kami hadir seawal mungkin..jadi kami solat zohor di masjid berdekatan..setelah kami pasti itulah lokasi sebenar yang kami nak tuju.
alhamdhulillah majlis telah selamat kami sempurnakan seperti yang di rancang..
.berselawat, marhaban dan berzanzi, bertahniq dan berendoi untuk Majlis Kesyukuran & Aqiqah baby Irfan Zulhaziq..
semuga baby Irfan Zulhaziq bila besar nanti menjadi seorang insan yang soleh,  taat dan berbakti kepada kedua ibu bapa serta agamanya..amin..

baby  Irfan Zulhaziq belum habis pantang..tapi bambamnya..






 baby Irfan meragam.. mungkin rasa tak selesa, bila di buka bajunya baru dia diam  semasa acara bertahniq..

pssst: gambar tambahan..dari rumah tuan rumah.sukanya akak dengan lampu storm nie. 
cantikkkk!

waw! tak terfikir idea cengini..hihi
terbaik hiasan rumah dari tuan rumah.sambil menabung..